SAPP akan berganding
bahu berjuang bersama rakyat
KOTA
KINABALU, Jun 18, 2011: Suatu upacara penyelenggaraan serta penyimen
batu sumpah di Kampung Tambatuon telah disempurnakan pada pagi 18 Jun
2011 oleh para pemuda dan wanita yang diketuai oleh Encik Jahim bin
Singkui, bersama sama dengan ketua bahagian SAPP kawasan N7 Kadamaian,
Puan Agnes Liewpin serta rombongan daripada pusat pemuda SAPP.
Batu sumpah ini telah didirikan oleh nenek moyang Kg Tambatuon pada
zaman British sebagai suatu tanda perjanjian di antara kerajaan British
serta penduduk kampung sebagai suatu jaminan dimana kampung Tambatuon
tidak akan diganggu selama lamanya.
Tujuan upacara ini adalah memperingati perjuang nenek moyang Kg
Tambatuon serta mempertahankan hak dan tanah kampung ini tidak
dicerobohi.
Suatu sessi perbincangan ringkas turut diadakan di rumah mantan ketua
kampung, Encik Singkui bin Tinggi selepas itu, di mana
penduduk-penduduk yang hadir telah mencapai suatu ketetapan bahawa
mereka rela mati di atas tanah tumpah darah sendiri daripada mati
sebagai pelarian di atas tanah orang lain.
Dengan itu, Puan Agnes memberi jaminan kepada mereka bahawa beliau dan
semua pemimpin SAPP akan berganding bahu berjuang bersama-sama penduduk
Kota Belud, terutama sekali Kampung Tambatuon agar kerajaan tidak
meneruskan rancangan pembinaan mega projek ini, termasuklah mohon
kebenaran membuat kajian atas tanah Kampung Tambatuon.
Puan Agnes sekali lagi mengesa agar kerajaan negeri akan mencari
alternatif untuk pembinaan empangan ( mini micro hydro dam ) ini
seperti di Kg Pungitan, Wariu ataupun Sorob yang tidak melibatkan dan
menjejaskan ramai penduduk.
|