Majlis ceramah Pemuda
SAPP
KOTA
KINABALU, Jun 20, 2011: Majlis Ceramah dan Makan Malam Pemuda SAPP
anjuran bersama Pemuda Zon Penampang dan Zon Kota Kinabalu telah
mendapat sokongan daripada Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck
Lee.
Program tersebut yang julung kalinya dianjurkan oleh pemuda sejak SAPP
keluar dari Barisan Nasional hampir tiga tahun yang lalu akan
mengetengahkan beberapa pemimpin muda yang akan menyampaikan ucapan
berkenaan isu-isu semasa yang dihadapi oleh golongan muda pada masa
kini.
Pengerusi Penganjur, Conan Teo mengucapkan terima kasih kepada Presiden
Parti, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee kerana sudi menerima jemputan
Pemuda sebagai Tetamu Kehormat pada malam tersebut yang akan diadakan
di Hotel Promenade, Kota Kinabalu pada Jumaat ini.
Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Ketua Pemuda CLC Api-Api,
Pang Thien Fook, Ketua Pemuda CLC Kepayan, Lim Kat Chung, Ketua Pemuda
CLC Luyang, Yong Yit Yoong dan AJK penganjur.
Gambar:
Presiden SAPP menerima kad jemputan daripada Pengerusi Penganjur Conan
Teo dan disaksikan oleh AJK penganjur pada kunjungan hormat tersebut di
Kota Kinabalu.
|