Geran komunal perlu
penjelasan serius
TENOM,
Jun 20, 2011: Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP)
CLC Melalap Roger Stimin 32, (gambar) sependapat dengan soalan soalan
yang diajukan oleh para peserta dialog Inkuiri tanah adat yang
dikendalikan SUHAKAM kususnya berhubung status geran komunal didewan
Seri Antanom pada Sabtu.
Katanya, beliau bimbang bahawa kemunculan geran komunal yang tidak
disenangi masyarakat disitu menjadi suatu kekangan dan halangan bagi
penduduk terbabit untuk menikmati keselesaan dan kebesan penerokaan
penghidupan ditanah tumpah darah mereka sendiri.
"Tidak dinafikan bahawa kerajaan mempunyai obligasi untuk membangun
masyarakat yang terpinggir supaya berada dilandasan arus sosio ekonomi
yang mampan," kata beliau ketika memberitahu Harian Ekspress pada Sabtu.
"Meskipun program geran berkelompok seperti geran komunal menjadi
pilihan tetapi rakyat harus diberi kefahaman lebih mendalam mengenainya
termasuk jaminan kerajaan berhubung status pemilikan," tambah Roger
lagi yang juga salah seorang Peguam.
Roger berkata demikian sebagai mengulas tindakan beberapa peserta
dialog ketika Inkuiri tanah adat orang asal/asli anjuran SUHAKAM dimana
para peserta terutamanya dikawasan Mukim Rundum dan Kg Imahit
menyatakan keengganan mereka menerima geran komunal seperti yang
diumumkan ketua Menteri abah Datuk Seri Musa Haji Aman pada baru baru
ini.
Tegasnya lagi, status geran komunal merupakan satu geran berkelompok
bersifat sementara dimana ianya tidak mempunyai “Status ownership" yang
menyulitkan para peserta menggadaikan/memajak tanah milik mereka itu ke
mana mana institusi perbankan untuk mendapatkan pusingan modal.
Dalam konteks itu tambah Roger, pihak kerajaan harus mengambil langkah
langkah lain yang dirasakan lebih selamat dan sesuai untuk memujuk
penduduk terbabit supaya menyertai program geran berkelompok
bersandarkan ketelusan sebagai tawaran yang lebih berkonfiden untuk
penduduk tidak menolak usaha kerajaan itu.
"Kalau di Semenanjung misalnya, penduduk orang asli telah menerima
program ini dan diberi geran komunal yang mempunyai data data tambahan
sebagai pra syarat yang meliputi jangka hayat geran tersebut dan
insentif atau kemudahan kewangan sebagai bantuan kepada mereka untu
mengusahakan tanah tanah mereka," jelas Roger.
Beliau menambah, penduduk yang sudah digeruni dengan pelbagai masalah
yang melepaskan mereka daripada hak asasi tanah NCR yang telah didiami
mereka sejak turun temurun sudah tentu terlau sukar bagi mereka
mempercayai bahawa usaha kerajaan itu baik secara jangka panjang.
"Kerajaan perlu ada pasukan petugas khas memantau selain memberi
penjelasan yang seluas luasnya program itu sebelum dilaksanakan…pasti
penduduk menerimanya jika mereka faham," kata Roger lagi.
Oleh: Mail Mathew
|