Terlepas dari mulut naga, masuk ke mulut buaya
Lawatan PM ke Kemabong umum geran komunal, sakitkan hati rakyat
Rundum
KEMABONG,
Julai 1, 2011: LAWATAN Perdana Menteri Dato’Seri Najib Tun Razak bagi julung kalinya
ke Daerah Kecil Kemabong pada Khamis merupakan lawatan pertama kalinya
selepas dilantik ke jawatan PM bagi kali ke-6 yang disifatkan banyak
pihak khususnya rakyat Kemabong sebagai "Misi PM menghancur harapan
rakyat Kemabong" kerana impian mereka (rakyat) untuk menolak pemberian
geran komunal sudah hancur lebur dan seterusnya menjadi debu. (Kiri,
Palipus Ampasu 50, seorang penduduk
Kg Kabintaluan Rundum)
Apa tidaknya jikalau Perdana Menteri sudah mengesahkan bahawa hanya
geran komunal sahaja yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tanah
bekas NCR yang suatu ketika dahulu menjadi kontroversi kerana tanah NCR
itu berada dalam kawasan Hutan Simpan.
Mereka hanya berkesempatan bergembira seketika apabila Mahkamah Tinggi
Kota Kinabalu menolak pensabitan bersalah oleh Mahkamah Majistret Tenom
terhadap 6 orang penduduk Kg Imahit beberapa bulan lalu kerana dituduh
menceroboh kawasan Hutan Simpan, dimana alasan Hakim yang membicara
semula rayuan ke enam enam tertuduh bahawa tanah yang mereka terokai
dan duduki adalah hak mutlak mereka sebagai tanah adat atau NCR.
Sejurus beberapa bulan selepas itu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa
Haji Aman pula mengumumkan bahawa semua tanah tanah NCR yang berada
dalam kawasan Hutan Simpan akan dikeluarkan menjadi "State land" sebelum ianya diberi kepada penduduk kampong yang berhak dengan syarat
ianya berstatus geran komunal.
Titik tolak daripada itu, mulalah penduduk kampong khususnya kawasan
kawasan yang terlibat dengan bekas tanah NCR berpaling muka sesama
mereka bahawa apakah geran komunal itu selamat bagi mereka atau apakah
mereka ibarat "Terlepas dari mulut naga, masuk ke mulut buaya".
Lantaran itu, ketibaan PM ke Kemabong dalam siri lawatan kerjanya
dengan hanya membawa ole ole peruntukkan sekadar RM5.8 juta dimana
pecahannya seperti berikut; Pembinaan Rumah Panjang/Rumah Kebudayaan
sebanyak RM3 juta dan membaikpulih jalanraya sebanyak RM2.8 juta,
adalah jelas bahawa urusan sebenar PM bukan lah untuk memberi
peruntukkan pembangunan tetapi sekadar membantu Wakil Rakyat Kemabong
untuk memberitahu rakyat bahawa geran komunal tetap dilaksanakan.
"Bolehkah sejumlah peruntukkan yang diumumkan itu mampu menyelesaikan
masalah pembangunan disini terutamanya jalanraya yang 70 peratus rosak
teruk," tanya Palipus Ampasu 50, seorang penduduk Kg Kabintalan Rundum.
"Dalam ucapan PM itu kenapa balik balik Tanya hadirin yang hanya lebih
kurang 10 ribu orang dengan bertanya bolehkah BN menang? Tapi jawapan
sinis saja daripada hadirin…apa sebabnya itu? Tahu sama tahu sahaja lah
kerana mungkin Najib selaku PM kerajaan BN adalah yang terakhir ketika
ini," tambah Palipus lagi.
Ramai rakyat Kemabong yang kecewa apabila secara tiba tiba PM
mengumumkan pemberian geran komunal itu, sedangkan mereka masih
menunggu rayuan yang difahamkan masih berada ditangan SUHAKAM yang
sepatutnya Adun Kemabong bertindak lebih rasional sebelum sesuatu
keputusan mutlak terhadap perkara tersebut dengan mendahulukan hak
rakyat yang menuntut tanah NCR.
Oleh: Gonod Sunda
|