Kem Bina Harapan
Pemuda
dan Mudanita SAPP sedia hadapi PRU13
Kota Kinabalu, July 5, 2011: Pergerakan Pemuda dan Mudanita SAPP telah
menjalani latihan hadapi pilihanraya pada bila-bila masa. Kursus dua
hari 2 & 3 Julai itu telah dijalankan di Nuluhon Garden, Inanam.
En. Jamain Sarudin Setiausaha Penganjur Pusat selaku pengelola Kem Bina
Harapan berkata, kesemua 52 orang peserta dari seluruh Sabah menyertai
kursus intensif selama 2 hari. Selain latihan pengukuhan, peserta juga
diberikan tambahan maklumat melalui beberapa sessi kuliah.
Menurutnya lagi, beberapa Kursus yang sama dirancang di peringkat
kawasan dalam masa terdekat. Prestasi dan semangat peserta juga
memberikan keyakinan kepada beliau bahawa Pemuda dan Mudanita akan
memberikan perkhidmatan terbaik mereka selepas kecemerlangan dan
disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan ini di Batu Sapi November
tahun lalu.
Beliau
berkata semangat kental Pemuda dan Mudanita SAPP pada PRK tersebut
meletakkannya dikedudukan lebih baik dari parti lain.
Presiden parti Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menutup kursus
tersebut. Beliau menasihati peserta agar kembali ke kawasan
masing-masing dan memperkuatkan pergerakan mereka. Datuk Hj Mohd Noor
Mansoor mantan Menteri Kewangan dan dianggap sebagai "bapa" oleh Pemuda
dan mudanita turut turun padang memberikan kata-kata perangsang kepada
peserta. Antara pemimpin yang menyampaikan ceramah ialah Datuk Eric
Majimbun, Timbalan Presiden, Tn. Hj. Amde Sidek, Tim. Presiden, Datuk
Frankie Chong – Naib Presiden, Datuk Richard Yong – Setiausaha Agung,
En. Dullie Hj Marie – Naib Presiden dan En. Edward Dagul – ketua Pemuda.
Turut hadir YB Melanie Chia, Ketua Wanita SAPP, En. Chong Pit fah –
ketua Penerangan parti dan En. Foo Fook Ming – Timbalan pengerusi tetap.
|