Lawatan PM ke Inanam untuk meraih undi rakyat
Oleh
Tong Chung Hing
Pekan Inanam - Julung-julung kalinya dilawati oleh Perdana Menteri
Malaysia sempena dengan lawatan beliau ke Sabah baru-baru ini telah
memberi peluang kepada lapisan rakyat di kawasan ini untuk bersemuka
dan mendengar apa sebenarnya amanat yang hendak disampaikan oleh
pemimpin nombor satu negara itu kepada rakyat di Inanam .
Seorang penduduk tempatan Tong Chung Hing, Ahli Jawatankuasa Parti Maju
Sabah (SAPP) CLC Inanam dalam satu temu bual menyatakan memang betul
tekaan beliau bahawa kedatangan Perdana Menteri ke sini adalah hanya
untuk mengumumkan projek sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung,
semata-mata untuk menarik perhatian dan meraih undi rakyat di kawasan
Sepanggar.
Namun disebalik berita ini, ada persoalan yang menyanyangkan hati dan
sangat penting untuk dikemukakan kepada pihak yang berwajib kerana hal
ini telah mengancam keselamatan dan kebajikan orang ramai khususnya di
Inanam. Penduduk di kawasan ini sentiasa dalam keadaan ketakutan dan
tidak tenteram disebabkan kejadian-kejadian buruk yang kian
menjadi-jadi seolah-olah penguatkuasaan tidak wujud untuk mengatasi
masalah yang sedang berlaku.
Sebagai contoh, pada 2 bulan lepas sebuah kedai peniaga emas di Pekan
Inanam telah dirompak yang mengakibatkan seorang pemandu bas
pelancongan telah ditembak dan terkorban susulan daripada insiden ini.
Tidak lama dari itu, sebuah kedai runcit kampung di Kg. Sinulihan juga
dirompak oleh orang yang dipercayai pendatang asing menyebabkan pemilik
kedai itu luka parah kerana ditetak dengan parang. Dan kejadian terbaru
ialah di mana sebuah kenderaan yang baru saja ditinggalkan oleh
pemiliknya untuk minum petang di sebuah kedai kopi berdekatan telah
dipecahkan tingkapnya untuk menyamun sebuah beg dalam kereta tersebut.
Apa yang dipersoalkan oleh masyarakat ialah dimanakah keprihatinan
pihak berwajib kerana semua kejadian ini belum mendapat penyelasaian
setakat hari ini.
Selain daripada itu, Pekan Inanam juga turut mempunyai masalah rutin
yang berleluasa seperti kegiatan menjual rokok haram, budak jalanan
yang berkeliaran menjual keputusan 4 ekor nombor dan paling teruk
sekali ialah penjaja-penjaja pasar malam yang kebanyakannya terdiri
daripada orang asing. Pendek kata, Pekan Inanam adalah pusat “syurga”
kepada pendatang asing sebab mereka sangat berani untuk menguggut dan
berbuat apa saja walaupun diluar batas undang-undang dan bagaikan
“neraka” kepada orang tempatan kerana takut akan kehilangan nyawa jika
terlalu bersaing dengan mereka.
Maka, dengan lawatan pemimpin pusat dan negeri ini sepatutnya dapat
membuahkan hasil untuk mencari jalan penyelasaian membentras masalah
Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Inanam khasnya orang asing yang mendapat
kad pengenalan secara tidak sah tetapi dipercayai boleh mengundi, ujar
saudara Tong.
|