Ibu pejabat SAPP
kecoh
20
angota polis soal ahli Pemuda SAPP: Chia
KOTA KINABALU, Julai 11, 2011: Kekecohan berlaku di ibu pejabat Parti
Maju Sabah (SAPP) di Bornion Centre, Luyang pada Sabtu apabila anggota
polis dan pegawai dari Dewan Bandaraya datang untuk membuka papan tanda
yang mengandungi perkataan "Bersih".
Tiga puluh anggota polis itu mengiringi beberapa pegawai Dewan
Bandaraya tiba di situ kira-kira 8.30 pagi.
Dewan Bandaraya bertindak menurunkan papan tanda itu kerana mendakwa ia
dipasang secara haram.
Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah dan Adun Luyang Melanie Chia berada
di situ mempertikaikan tindakan tersebut dan menjelaskan bahawa papan
tanda itu bukannya mempromosi produk iklan maka ia tidak seharusnya
dianggap haram oleh Dewan Bandaraya.
Para pegawai, Dewan Bandaraya itu kemudian berpatah balik tanpa
menurunkan papan tanda itu.
Ketua Siasatan Jenayah Perdagangan Negeri, Supt Soh Hock Sing dan ASP
Rosly juga berada di situ untuk memantau keadaan.
Menjelang 9.30 pagi, semakin ramai penyokong SAPP tiba dan setibanya di
situ mereka diberi baju kuning dan logo SAPP untuk dipakai.
Lebih ramai pegawai kanan polis dilihat tiba termasuk Timbalan
Pesurujaya Polis SAC Tan Kok Liang dan pegawai polis yang lain dari ibu
pejabat polis Kapayan dan karamunsing.
Helikopter polis juga dilihat berligar-ligar di udara untuk memantau
keadaan.
Pada kira-kira 12.30 tengah hari semakin ramai penyokong SAPP datang
begitu juga dengan
Datuk Jeffrey Kitingan untuk menghadiri pelancaran Sabahtv.net SAPP,
oleh Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee.
Dianggarkan 150 penyokong SAPP menghadiri majlis pelancaran itu.
Selepas majlis itu selesai, semua penyokong bersurai dengan aman.
Polis pada tengah malam sebelurn itu pergi ke Bornion untuk bertanyakan
kepada SAPP mengenai papan tanda yang dicat dengan slogan "Bersih,
Berani dan Benar".
Mereka lebih fokus kepada perkataan Bersih itu dan mendesak untuk
mengetahui kenapa ia digunakan.
“Anggota polis mempersoalkan kenapa kami menggunakan perkataan Bersih,
kenapa menggunakan warna latar kuning dan kenapa kami memilih 9 Julai
untuk melancarkan radio dan TV dalam talian SAPP itu," kata seorang
pemimpin pemuda SAPP Chester Pang.
Chia, yang juga Ketua Wanita SAPP berkejar ke ibu pejabat sebaik sahaja
diberi- tahu yang kira-kira 20 angota polis menyoal ahli pemudanya
dalam satu lawatan mengejut sejurus selepas tengah malam, sambil
mendakwanya sebagai gangguan.
Chia pergi ke situ bersama suaminya, Edwin Liew, setelah ia diberitahu
mengenainya.
Para pegawai polis itu beredar kira-kira satu jam kemudian apabila
mereka melihat Chia dan suaminya tiba.
"Kenapa Kerajaan Barisan Nasional begitu takut akan perkataan Bersih
dan warna Kuning? Apa kena dengan mereka?" tanya Chia.
Beliau berkata, ketakutan mereka itu bertentangan dengan slogan yang
sering dilaungkan Kerajaan BN iaitu "Bersih, Cekap dan Amanah", yang
diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada
1981.
Harian Ekspres
|