SAPP halang DBKK
tanggal papan tanda kuning
KOTA
KINABALU, Jul 12, 2011: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Isnin berjaya
menghalang cubaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk
meruntuhkan papan tanda kuningnya yang mengandungi perkataan 'Bersih,
Berani, Benar' di ibu pejabatnya di Bornion Centre, Luyang, di sini.
Ia menuntut supaya DBKK berikan dulu notis 14 hari mengenai hasrat
mereka itu dan nasib baik Ketua Polis Daerah ACP Ahmad Sofi Zakariah
campur tangan sehingga DBKK bersetuju untuk berbuat demikian.
Parti ini melancarkan radio dan TV dalam talian diberkan nama
SabahTV.net dan memasang papan tanda itu Sabtu lepas , serentak dengan
perhimpunan haram bersih yang diadakan di Kuala Lumpur.
Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee berkata, adalah perlu bagi DBKK untuK
meageluARKAN Notis kepada parti itu untuk membolehkan kedua-dua belah
pihak mematuhi proses undang-undang.
"Kita
menerima notis yang amat singkat dan segera daripada DBKK pada DBKK
pukul 2.30 petang untuk menurunkan papan tanda itu pada Isnin tetapi
surat itu tidak menyatakan papan tanda yang mana satu yang ia mahu
diturunkan.
"Kami sangka kami diberi sedikit masa untuk menjawab surat itu dan
melalui proses undang-undang. Tetapi tiba-tiba sahaja kira-kira pukul
3.30 petang, para pegawai penguatkuasa DBKK bersama-sama polis dan trak
bomba muncul di depan bangunan parti kami.
"Itulah sebabnya kenapa kami berkeras supaya tindakan penguatkuasaan
DBKK itu harus beri kami notis 14 hari untuk kami jawab. Ini kerana
papan tanda yang kami pasang bukannya papan tanda komersil atau iklan.
"Jika DBKK tidak menyenanginya, maka ia harus berikan kami notis 14
hari. Jika penduduk setinggan tempatan boleh diberi notis yang sama,
kenapa tidak kami?"
Yong memberitahu perkara ini kepada wartawan selepas bertegang leher
dengan ketua perlesenan DBKK Shahrul Nizam tentang keperluan notis 14
hari itu di depan ibu pejabat parti tersebut.
Turut hadir adalah ketua Wanita SAPP yang juga Adun Luyang Melani Chia,
ketua penerangan SAPP, Chong Pit Fah, kira-kira 30 pegawai penguatkuasa
DBKK dan ahli-ahli parti.
Yong berkata yang parti ini telah membuat keputusan tentang tindakan
berikutnya, sama ada membuka papan tanda itu atau mengekalkannya di ibu
pejabatnya, setelah DBKK memberi notis itu.
"Kami
kata dalam masa 14 hari...kami akan berunding dengan peguam kami dan
membuat keputusan apa yang hendak dilakukan selepas ini. Untuk
menghilangkan segala keraguan kami tidak katakan yang kami tidak
katakan yang dalam 14 hari kami akan menurunkannya.
"Kami kata kamu (DBKK) beri kami notis 14 hari dan kami akan lihat
proses undang-undang mengenainya. Kami telah menghantar surat notis
daripada peguam kami kepada DBKK disini supaya tidk mengambil tindakan
terutamanya dalam mengeluarkan notis segera hari ini (Isnin). Proses
undang-undang harus dipatuhi.
"Kami juga meminta DBKK beri kami notis 14 hari yang baharu dan notis
segera pada Isnin itu tidak boleh digunapakai," katanya.
Yong berkata, papan tanda itu tidak menimbulkan sebarang kesukaran
kepada orang ramai dan tidak menghalang sebarang lalu lintas atas jalan
atau mana-mana kedai.
"Baru tadi ketua perlesenan DBKK itu berkata, semua papan tanda kami
tidak mempunyai permit tetapi hanya papan tanda kuning itu sahaja yang
akan diturunkan. Tetapi, apa yang saya nampak pegawai ini kelihatan
seperti menghadapi tekanan politik dan mudah saja baginya untuk
menyatakan yang ia mahu papan tanda itu diturunkan.
"Kami juga meminta penjelasan tentang status (papan tanda itu) daripada
pegawai berkenaan. Terdapat perbezaan antara penggunaan undang-undang
dan penyalahgunaan undang-undang.
"Apabila DBKK mengeluarkan notis segera itu kira-kira pukul 2.30 petang
dan mahu papan tanda itu diturunkan pada pukul 4 petflrg, inilah apa
yang kami panggil penyalahgunaan undang-undang. Mereka juga
menyalahguna undang-undang apabila, menggunakan kereta bomba untuk
menggunakan tangganya menurunkan papan tanda kuning itu," katanya.
Ahmad Sofi yang datang kemudian menyelesaikan kekecohan itu dan meminta
mereka pematuhi undang-undang sedia ada dalam tindakan mereka.
Kedua-duanya bersetuju untuk berbuat demikian.
DBKK sebelum itu mengeluarkan notis segera kepada SAPP memintanya
rnenurunkan papan tanda di bangunan parti itu mengikui 3(1) dan
13(1)(2)(3) Undang-Undang Kecil Iklan 1983 kerana papan tanda itu
mempunyai ciri-ciri promosi
Kira-kira 30 pegawai penguatkuasa DBKK dan pegawai polis pergi ke
kawasan ibu pejabat SAPP itu untuk melaksanakan notis singkat itu.
Kemudiannya, sebuah kereta bomba iuga sampai di tempat kejadian untuk
tujuan yang sama.
Bagaimanapun, Yong, Chia dan para penyokong serta ahli parti berdiri
menghalang kereta bomba itu dan menjerit "salah guna kuasa dan tekanan
politik".
Yong dan Chia juga bercakap dengan pemandu kereta bomba berkenaan dan
mempersoalkan tujuan mereka datang ke situ dan bertanya siapakah yang
mengarahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk terlibat dalam
menurunkan papan tanda itu.
Selepas itu kereta bomba berkenaan beredar meniaggalkan kawasan
tersebut pukul 4.16 petang yang menggembirakan ahli-ahli parti.
Sementara itu, Yong berkata, ahli parti akan menjaga papan tanda kuning
itu kerana takut pihak berkuasa tempatan bertindak menurunkannya pada
waktu malam.
Harian Ekspres Hayati Dzulkifli
|