Edward Mujie jadi jurucakap BN
KOTA KINABALU,
Julai 13, 2011: Ekoran kenyataan Edward Ewol Mujie, Naib Pengerusi DAP
Sabah, menimbulkan tandatanya siapa dalang di belakang tabir DAP Sabah.
Tindakannya mengeluarkan kenyataan murahan itu dianggap sebagai
keterlaluan dan terlalu berusaha untuk menjadi juara.
En. Jamain Sarudin, Setiausaha Penganjur Pusat Parti Maju Sabah (SAPP)
menyelar sikap pemimpin DAP tersebut, ketika mengulas kenyataan akhbar
Edward dimedia tempatan kelmarin berhubung tindakan DBKK mahu membuka
papan iklan Sabahtv.net yang dilancarkan pada 9 julai lepas. Menurut
beliau, Edward bertindak kurang bijak dan mendedahkannya kepada
pelbagai persepsi apabila menjadi jurucakap DBKK dan BN. Edward
seharusnya sedar, parti-parti pembangkang perlu berusaha menjalinkan
hubungan baik bagi menandingi BN pada pilihanraya umum, tetapi
sebaliknya secara sengaja menggagalkan usaha itu. Sikap hipokrit
pemimpin DAP ini amat dikesali dan menggambarkan seolah-olah DAP sudah
menang sebelum bertanding.
Jamain yang juga Naib Ketua Pemuda Pusat selanjutnya berkata, Edward
telah membakar jambatan yang baru mahu dibina dan membiarkan dirinya
menjadi tikus ujikaji barisan nasional. Usaha Edward hanya dilihat
sebagai menutup "kehilangan" mereka pada 9 julai lepas. Di mata umum,
mereka sebenarnya telah tercalar dan dipalit dengan pelbagai gelaran,
tambah-tambah lagi di laman sosial seperti facebook.
Tambah mengejutkan beliau ialah apabila Edward Mujie berkata setiap
perkataan memerlukan kelulusan daripada DBP. Jamain tidak mahu
mengulasnya dari segi UKK tetapi beliau bertanya, jika mengikut fikiran
yang wajar dan waras, sejak bilakah perkataan "Bersih, Berani, Benar"
(slogan sabahtv) menjadi perkataan baru dalam kamus dewan bahasa? Apa
yang dinyatakan oleh Edward sebagai sesuatu yang melucukan dan beliau
turut mempertikaikan kewibawaan Edward menjadi pemimpin DAP di Sabah.
Beliau menyarankan kepada kepimpinan DAP Pusat agar tidak hilang
kawalan terhadap pemimpin mereka yang secara umum semua mengetahui
setiap keputusan perlu mendapat kelulusan DAP Pusat di Kuala Lumpur.
|