Ahli SAPP hantar memorandum bantah kenaikan tarif eletrik
KOTA
KINABALU: Serombongan ahli Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP)
kelmarin menghantar memorandum kepada pihak pengurusan Sabah
Electricity Sdn Bhd (SESB) membantah kenaikan tarif elektrik di negeri
ini.
Rombongan kira-kira l0 orang itu tiba dikawasan Kompleks Karamunsing
kira-kira jam 11 pagi dan berjaya menyerahkan memorandum berkenaan
kepada Pengurus Kanan Keselamatan SESB, Azmi Azman.
Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi
Zakaria, berkata tidak ada tangkapan dibuat kerana tidak ada kesalahan
yang mereka lakukan menghantar memorandum itu datang dengan cara
bersopan.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan ketua ahli himpunan
berkenaan dan menerangkan kepada mereka supaya tidak melakukan sesuatu
tindakan yang boleh melanggar undang-undang.
"Alhamdulillah
akhimya mereka,dapat menyerahkan memorandum terbabit kepada salah
seorang pegawai daripada SESB, Azmi Azman dan selepas itu kesemua
mereka beredar dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku,"
katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada mana-mana pihak yang ingin
melakukan sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan dengan mengelak
daripada berhimpun dan berkumpul.
"Kalau kumpulan itu melebihi jumlah yang tidak sepatutnya pihak polis
akan mengambil tindakan untuk rnenangkap mereka yang berkumpul.
"Kita menyeru bagi menyelesaikan apa juga masalah daripada rnana-mana
pihak dapatlah mereka menyelaraskan dengan pihak yang satu lagi sama
ada dengan membuat pertemuan yang baik atau menganjurkan mesyurat serta
perjumpaan bagi menyelesaikan isu yang berbangkit dengan pihak-pihak
yang terlibat,” katanya.
Sementara
itu, Pengarah Urusan SESB, Datuk Ir. Baharin Din, berkata pihaknya
telah menerima memorandum bentahan berhubug kenaikan tarif elektrik itu
daripada Parti Maju Sabah (SAPP).
"Kami akan melihat dan meneliti kandungan memorandum itu," katanya
kepada pemberita selepas menghadiri majlis pertandingan debat kecekapan
tenaga antara sekolah-sekolah mengah daerah Kota Kinabalu di Wisma SESB
kelmarin.
Baharin berkata secara umumnya beliau percaya kerajaan dan SESB telah
mengambil kira semua faktor sebelum membuat keputusan untuk
menstrukturkan semula tarif eletrik di Sabah.
Bermula kelmarin (15 Julai) kerajaan telah meluluskan penstrukturan
semula tarif eletrik bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan
menaikkan 15 peratus.
Bagaimanapun, 75 peratus pengguna domestik iaitu 275,276 orang pengguna
di Sabah dan Labuan dengan penggunaan elektrik 350 kilowatt sejam dan
kebawah tidak akan mengalami kenaikan bil elektrik bulanan mereka.
|