Pemimpin pembangkang
serah surat bantahan naik tarif eletrik
SANDAKAN, Julai 16, 2011: Beberapa pemimpin pembangkang menyerahkan
surat bantahan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) terhidap
kenaikan tarif elektrik di Sabah yang bermula kelmarin.
Mereka terdiri dari Pengerusi CLC SAPP Elopura, Joseph Liau Fook Kong;
Pemimpin PAS Batu Sapi, Hamzah Abullah; Timbalan pengerusi Keadilan
Cawangan Batu Sapi, Zainuddin Hassan dan Pengerusi DAP Batu Sapi,
George Hiew Vun Zin, menandatangani bersama surat bantahan itu yang
dialamatkan kepada Pengurus SESB Zon Pantai Barat, Charles Dalansing.
Kumpulan itu tiba di Pejabar SESB di Batu Sapi diiringi oleh beberapa
orang penyokong kira-kira jam 9.35 pagi. Bagaimanapun hanya seorang
jurugambar saja dibenarkan masuk oleh polis ke kawasan pejabat itu
untuk mengambil gambar penyerahan surat itu kepada Pegawai Pentadbir
Eksekutif SESB Zon Pantai Timur, Mohd Rahim Haji Rahman, manakala yang
lain menunggu di luar pintu utama.
Dalam surat itu, mereka menyatakan kenaikan tarif elektrik akan
membebankan rakyat biasa di Sandakan yang sudah berdepan dengan beban
kenaikan harga barang dan barangan keperluan lain.
Kira-kira jam 10 pagi kumpulan itu bersurai secara aman selepas
menyerahkan surat bantahan itu kepada Mohd Rahim yang mewakili Charles
Dalansing yang ketika itu sedang menghadiri mesyuarat.
Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah, ACP
Rowell Marong, berada di tempat lokasi untuk mengawasi kejadian yang
tidak diingini.
Oleh James Leong NST
|