Kerajaan Umno-BN
membazir, membelakangi rakyat harus ditumbangkan pada PRU13
TENOM,
Julai 20, 2011: KETUA DAERAH mengundi SAPP kawasan Rundum bagi DUN
Kemabong Palipus Ampasu menegaskan bahawa masyarakat Murut khususnya
dalam Mukim Rundum yang meliputi tiga perkampungan iaitu Kg Sumambu, Kg
Kabintaluan dan Kg Katubu benar benar hilang kepercayaan dan keyakinan
mereka terhadap kerajaan BN.
Tegasnya,adalah kerana kerajaan BN yang ditunjangi UMNO dengan kejam
sekali membelakangi hak masyarakat itu untuk mendapat agehan dengan
seadil adilnya bekas tanah adat NCR yang dikeluarkan daripada kawasan
Hutan Simpan dan diberikan kepada rakyat.
Sebaliknya, keputusan kerajaan sepertimana yang telah diumumkan Ketua
Menteri Sabah sebelum ini mengenai bekas tanah NCR itu berbentuk "double standard" dimana pada mulanya mereka beranggapan bahawa ianya
diberi secara telus dengan geran persendirian tetapi sebaliknya
pemberian itu dibuat secara geran berkelompok iaitu "Geran Komunal".
"Alasan kerajaan bahawa geran komunal bertujuan menghalang pemilik
menjual tanah mereka dengan sewenang wenangnya, tetapi itu tidak benar
kerana kalau diberi geran persendirian pun kerajaan ada cara untuk
menghalangnya kalau dicap tidak boleh dijual/diurus niaga," tegasnya.
"Kami sudah terhidu tujuan kerajaan bahawa bila diberi geran komunal
sesiapa juga rakyat Sabah boleh disenaraikan sebagai peserta dalam
geran itu sama ada dia warga Pakistan atau PATI asalkan dia ada Kad
Pengenalan," tambah Palipus lagi.
Palipus seterusnya berkata, kerajaan UMNO-BN perlu ditukar dalam PRU13
akan datang ini kerana selagi ianya terus menerus berkuasa diSabah
selagi itu pelbagai masalah akan timbul termasuk pembangunan
infrastruktur jalanraya yang kononnya jalanraya dari Kemabong ke Rundum
sudah dinaik taraf dengan kos berjuta juta tetapi hasilnya seperti "Indah khabar dari rupa".
"Kita bukan berbohong atau sengaja melemparkan tuduhan palsu kepada
kerajaan UMNO-BN tetapi sesiapa juga boleh datang dan lihat sendiri
keadaannya, selepas itu boleh tanya penduduk kampong dari kawasan
Rundum apa kata mereka," jelas beliau.
"Naik bukit pertama yang curam ini dari Kemabong ke Rundum sudah berapa
kenderaan mengalami kemalangan dan ada yang terkorban gara gara
jalanraya yang kononnya dinaiktaraf tetapi kualitinya ala kadar,"
tambahnya lagi ketika berucap dimajlis perjumpaan pemimpin SAPP pada
Ahad.
Palipus turut mempertikaikan perbelanjaan yang ditaburkan kerajaan
semasa lawatan Perdana Menteri ke Kemabong baru baru ini yang berjumlah
kira kira lebih RM2 juta yang sepatutnya sejumlah wang itu boleh
menjana projek kecil kecilan yang rakyat pohon sebelum ini tetapi
bertahun tahun menunggu tidak kesampaian.
"Inilah kerajaan yang suka menonjol diri dengan berbelanja besar tetapi
rakyat terus menderita tersepit dengan kemiskinan serta kemudahan
infratruktur yang mundur dan daif," katanya lagi.
Menurut Palipus, beliau bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat
diKemabong bahawa mereka juga berpendirian yang sama dengannya agar
kerajaan serta pemimpin UMNO-BN yang ada sekarang ini perlu
ditumbangkan pada PRU13 ini.
|