RM500,000 hasil
janaan tenaga empangan Tambatuon sukar dipercayai
KOTA
KINABALU, Julai 21, 2011: Parti Maju Sabah, SAPP menyifatkan janji
RM500,000 setahun hasil penjanaan tenaga daripada empangan Tambatuon
yang dicadangkan untuk penduduk Tambatuon, seperti yang dinyatakan Adun
Kadamaian Datuk Herbert Timbon Lagadan sebagai sukar untuk dipercayai,
sambil meminta supaya laporan atau perjanjian atau kertas kabinet untuk
menyokongnya.
Ahli Majlis Tertingginya, Peter Marajin berkata, perkara ini keluar
buat pertama kalinya daripada kenyataan Herbert sendiri pada 14 Julai
dan membuatkan penduduk tertanya-tanya sama ada ia satu jaminan oleh
Kerajaan melalui beliau.
"Adakah Kerajaan membuat jaminan itu melalui beliau? Jika benar,
tunjukkan kepada kami buktinya! Kami telah dijanjikan segala-galanya
sejak 1963 tetapi apa yang kami dapat dengan terlalu mempercayai
janji-janji itu? Jawapannya adalah kita menjadi yang termiskin di
negara ini.
Walaupun demikian YB berkenaan telah menjanjikan bekalan air untuk
Kelawat sejak pilihan raya umum 2004 Dengan peruntukan RM1 juta
diluluskan tetapi tidak ada apa-apa yang menjadi hingga ke hari ini,"
katanya.
Beliau berkata, Herbert selama ini berkata yang projek pembangunan
untuk rakyat adalah amat penting dan jika Herbert dan kerajaan
merasakan empangan itu salah satu daripadanya, maka mereka haruslah
mencari tempat yarrg lebih sesuai seperti sungai yang datang dari bukit
dan gunung lain (sebagai contoh Tombuyukan) di mana kurang penduduk
terlibat kecuali akan memusnahkan flora dan fauna disitu.
Mengenai ketegasan Herbert supaya Empangan Tambatuon itu tetap dibina,
Peter bertanya sama ada beliau benar-benar telah melihat kertas kerja
atau laporan pakar mengenai projek yang dicadangkan itu dan adakah
penduduk Tambatuon telah diberi kesempatan untuk mernbaca dan mengkaji
laporan itu.
"Jika jawapannya tiada, maka jelaslas yang sernua ini adalah lakonan
Herbert semata-rnata," kata beliau. Tambahnya, Herbert mengakui,
seperti yang disiarkan akhbar tempatan bahawa Kabinet Negeri belum
membincangkan perkara itu, tetapi kelihatannya Herbert sedang cuba
memaksa penduduk Tambatuon supaya menerima projek itu walaupun
keputusan belum dibuat.
|