SAPP saman DBKK
Isu
papan tanda Sabahtv.net: SAPP saman Mayor
KOTA KINABALU, Julai 23, 2011: Parti Maju Sabah (SAPP) mendakwa langkah
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membuka papan tanda di ibu
pejabatnya di Bornion Centre, Luyang sebagai berniat jahat, bermotifkan
politik dan bertujuan mencemarkan reputasi serta imej Parti itu.
Setiausaha agungnya Datuk Richard Yong We Kong, bagi Pihak parti itu
memfail saman terhadap Mayor DBKK kerana cuba menurunkan papan tanda
Sabahtv.net parti itu di premis SAPP di Luyang pada 9 dan 11 Julai,
tahun ini.
Writ saman itu difail melalui peguam Tetuan R.M. Marahin & Co di
pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini Jumaat.
Parti itu memohon Pengisytiharan bahawa undang-undang kecil no 3(1) dan
4 Undang-Undang Kecil (Pindaan) Majiis Perbandaran Kota Kinabalu 1983
("Undang-Undang Kecil Iklan") tidak tertakluk kepada mereka, yang bukan
entiti perniagaan.
Parti itu juga mendakwa notis kedua yang dikeluarkan defendan bertarikh
11 Julai adalah berniat jahat dan tidak betul maka dengan itu batal dan
tidak sah.
Parti itu juga memohon Pengisyiharan yang mereka berhak untuk
mempamerkan papan tanda No.2 itu di premis mereka sendiri dan
Pengisytihalan lanjut bahawa mereka berhak untuk mempamerkan sebarang
papan tanda tertakluk kepada tangungjawab defendan untuk membuktikan
papan tanda itu mendatangkan bahaya kepada orang ramai dan/atau
mengandungi perkataan atau bahasa yang dilarang oleh undang-undang
Malaysia.
Plaintif juga memohon Perintah kekal yang defendan dilarang daripada
menurunkan papan Tanda itu atau mana-mana papan tanda lain di premis
mereka, kos berasaskan peguam cara dan Pelanggan serta bayaran lain
yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Yong dalam kenyataannya mendakwa, pada 8 Julai, jam 11 malam Parti itu
memasang papan tanda di bahagian atas aras l. premisnya untuk
memaklumkan orang ramai bahawa pada pagi esoknya radio dan televisyen
dalam talian Parti itu "Sabahtv.net" akan ditempatkan dalam premis itu
(Papan Tanda No 2) dan Sabahtv.net, menurut beliau, bukanlah entiti
perniagaan, tidak menjana hasil iklan.
Beliau mendakwa, papan tanda No 2 itu menggunakan warna latar kuning
terang (turut menjadi baju seragarn Parti itu) dan mempunyai logo
Sabahtv.net di tengah-tengah papan tanda itu. Di sebelah kanannya
tertulis perkataan "Sabah Bole" bersebelahan dengan perkataan "RADIO"
yang berwarna biru dan di atasnya alamat laman sesawang Sabahtv.net dan
Parti itu.
Katanya, di bahagian kiri Papan tanda itu terdapat perkataan "Bersih,
Berani dan Benar" sebagai aforisme kempen bagi Sabahtv.net, sebagai
sebuah radio dan televisyen dalam talian yang bukan membuat untung
untuk perkhidmatan awam.
Yong mendakwa, tarikh Pelancaran Sabahtv.net telah ditetapkan pada 9
Julai di premisnya yang pada ketika itu juga perhimpunan Bersih 2.0
yang dianjurkan oleh lebih 60 pertubuhan awam Malaysia yang dikenali
sebagai pilihan raya bersih dan adil di negara ini semakin menghampiri
hari Sabtu 9 Julai.
Perhimpunan Bersih 2.0 itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada banyak
kumpulan masyarakat Malaysia termasuk Kerajaan. terutamanya berkaitan
warna kuning dan perkataan "Bersih".
Yong berkata, sekitar 11.30 malam 8 Julai, beberapa anggota Polis
berpakaian biasa datang ke Premis mereka dan berlaku selepas
bertanyakan beberapa soalan berkaitan Papan Tanda No 2 itu.
Padi hari berikutnya, 9 Julai sekitar 9.30 pagi, Yong mendakwa,
defendan datang ke premis mereka tanpa sebarang notis dan mendesak
mereka menurunkan Papan Tanda No.2 itu serta merta, jika gagal mereka
akan menurunkannya sendiri.
Bagaimanapun,
defendan tidak melaksanakan ancaman mereka untuk menurunkan Papan Tanda
No.2 itu sendiri setelah plaintif menjelaskan yang tidak ada sebarang
notis dikeluarkan defendan kepada plaintif maka tidak ada asas bagi
permintaan tersebut.
Pada sekitar 2.30 petang pada Isnin, 11 Julai, defendan datang ke
Premis plaintif membawa Notis bertarikh 11 Julai (Notis pertama) dan
meminta Papan Tanda No.2 itu diturunkan serta merta atas alasan tidak
ada lesen dikeluarkan untuk papan tanda itu.
Yong mendakwa, Parti itu telahmempamerkan papan tandanya tanpa lesen
oleh defendan di Premisnya sejak 1994 dan terdapat dua lagi papan tanda
di atas aras bawah dan aras dua di premis Parti itu (Papan tanda No.1
dan No.3).
Yong mendakwa pada waktu-waktu penting, pada 11 Julai, defendan
mendakwa walaupun semua tiga papan tanda plaintif adalah tanpa lesen
dan mereka menuntut untuk mengalihkan cuma Papan tanda No.2 dengan
segera bersama pegawai penguatkuasaannya dan sebuah jentera bomba untuk
Jabatan Bomba dan-Penyelamat dan dan bukan dua lagi Papan tanda No.1
dan No. 3.
Beliau mengulas lanjut bahawa apabila defendan menuntut untuk
pengalihan segera hanya untuk Papan tanda No.2, peguam cara plaintif
mengemukakan surat bertarikh 11 Julai kepada defendan sebagai maklum
balas kepada Notis Pertama yang mendakwa desakan untuk menanggalkan
segera papan tanda No.2 menyalahi prinsip keadilan dan hak asasi kepada
plaintif.
Plaintif mendakwa defendan mengeluarkan notis kedua pada hari sama
kepada mereka dan mendesak atas dasar sama bahawa cuma Papan tanda No.2
perlu ditanggaikan dalam tempoh 14 hari dari 11 Julai dan tarikh tutup
Notis N0.2 adalah pada 2 Julai.
Plaintif memberikan alasan bahawa Undang-Undang Kecil Majlis
Perbandaran Kota Kinabalu (pengiklanan) 1983 tidak termaktub kepada
entiti bukan komersil seperti jabatan kerajaan, organisasi bukan
kerajaan, persatuan berdaftar, parti-parti politik dan lain-lain dan
entiti bukan komersial adalah tidak diwajibkan untuk memohon lesen bagi
menunjukkan papan tanda mereka seperti yang dikehendaki oleh
undang-undang kecil no.4 Undang-Undang Kecil Pengiklanan.
Plaintif kemudahan mengemukakan melainkan terdapat bukti untuk
menunjukkan mana-mana papan tanda boleh membahayakan orang awam dan/atau
mengandungi kata-kata atau bahasa yang dilarang oleh undang-undang,
tanggungjawab yang mana ke atas defendan, defendan tiada hak untuk
memohon dan menguatkuasa Undang-undang Pengiklanan ke atas entiti bukan
komersil.
Plaintif mendakwa tuntutan dan ancaman oleh defendan untuk menanggalkan
cuma Papan tanda No.2 adalah berniat jahat (mala fide), bermotifkan
politik dan bertu- juan untuk mencemarkan reputasi dan kebajikan parti
itu secara terbuka.
|