Meningkatkan pengetahuan perkembangan SAPP
SAPP pertikaikan kenyataan SPF
KOTA KINABALU, Julai 26, 2011: Parti Maju Sabah (SAPP) mempersoalkan
sebab bagi Presiden Parti Barisan Rakyat Sabah (SPF), Berman Angkap
untuk mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi pembangkang
pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Timbalan Presiden SAPP Amde Sidek berkata Beman pernah berkata bahawa
adalah lebih ideal untuk membiarkan perkara itu kepada parti politik
Sabah, jika mereka boleh bergabung untuk bertanding di Sabah menentang
Barisan Nasional (BN).
"Tapi saya tidak faham,kenapa Berman mencadangkan Datuk Seri Anwar
Ibrahirn untuk mengetuainya.
"Anwar Ibrahim tidak ada kuasa untuk membuat keputusan untuk kita di
Sabah. Saya berpendapat, penduduk Sabah sendiri mampu memimpin secara
individu atau parti komponen jika diberi peluang," katanya dalam satu
kenyataan di sini, pada Isnin.
"Untuk Berman Angkap mengatakan SAPP adalah sebuah parti politik
berasaskan Cina, saya ingin syorkan agar beliau meningkatkan
pengetahuannya berhubung perkembangan parti-parti politik di Sabah,
khususn SAPP," katanya.
|