Chua bantu nelayan
komersial atasi isu bekalan minyak diesel bersubsidi
TAWAU:
Daerah ini berhadapan risiko kemungkinan kekurangan sumber ikan lautnya
sendiri apabila 156 nelayan komersil (laut dalam) tidak dapat turun ke
laut selagi isu bekalan minyak diesel subsidi yang timbul tidak
diselesaikan.
Pengerusi Persatuan Perikanan Tawau (PPT), Arsani Arsat berkata,
perkara itu mungkin tidak dapat dielakkan dan mengakui mustahil bagi
nelayan-nelayan komersil di daerah ini untuk turun ke laut selagi kuota
900,000 liter bekalan bahan api itu tidak diperolehi.
"Bagaimana kita mahu pergi menangkap ikan sekiranya minyak tiada?,"
katanya kepada pemberita di sini kelrnarin sambil menafikan dakwaan
yang mengatakan pihak nelayan komersil di daerah ini sedang mengadakan
mogok untuk tidak turun ke laut.
Menurut Arsani, insiden terbabit sudah seringkali berulang dan para
nelayan komersil di dareah ini mahukan nasib mereka dibela begitu juga
dengan nasib lebih 650 anak kapal di dalam sektor tersebut yang turut
terjejas ekoran insiden berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK),
Ko-Nelayan, Jabatan Kastam termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
supaya mengambil tindakan drastik untuk mengatasi isu berkenaan.
"Dalam kes terbaru, tiada kelulusan diberikan untuk membenarkan
penghantaran kuota 900,000 liter minyak diesel bersubsidi itu kepada
pihak PNK kerana pegawai Kastam yang memiliki kuasa untuk
menandatangani dokumen itu dikatakan bermesyuarat ataupun sedang
bercuti.
"Masalah sebegini sudah kerap kali berulang. Tetapi kali yang paling
kritikal dan teruk. Hari ini sudah masuk hari ke-10 bekalan minyak
diesel bersubsidi itu tidak kita terima" katanya ketika ditemui di sini
kelmarin.
Tambah beliau, adakalanya kuota minyak diesel yang diperuntukkan setiap
bulan (900,000 liter) kepada para nelayan di daerah ini habis pada 23
atau 25 hari bulan dan penghantaran diesel bersubsidi selepas itu
kebiasaannya akan menjadi lambat.
Beliau berkata pihaknya ada Bertanya berhubung permasalahan itu kepada
pihak-pihak berkaitan, dan alasan yang seringkali diutarakan oleh pihak
terbabit ialah pegawai kastam yang boleh tandatangani dokumen sedang
bermesyuarat atau bercuti.
"Dalam masa sama, kami juga berhadapan risiko kapal ataupun bot karam
atau tenggelam walaupun Cuma berlabuh sahaja kerana ketiadaan bahan api.
Perlu diingat, bahan api juga diperlukan untuk mengeluarkan air dari
dalam kapal ataupun bot," katanya.
Difahamkan, sektor perikanan komersial (laut dalam) dan pesisir di
daerah ini menyumbang sebanyak kira kira 50 peratus kepada bekalan ikan
untuk pasaran tempatan, manakala selebihnya lagi dibawa masuk dari
semporna dan Kunak.
|