Ramahjan hina pembangkang?
TENOM:
Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP CLC Melalap Roger Stimin menyifatkan
kenyataan Ketua Wanita Umno di sini Ramahjan Sulaiman Khan yang
melabelkan pembangkang sebagai "Opposition has nothing to offer" dan
"What they (opposition) can do is only to copy what Umno and BN have
been doing in fulfilling the needs of the people" agak keterlaluan dan
penuh dengan emosi keegoan.
Tegasnya, tidak ada yang perlu dibanggakan sangat oleh pemimpin Umno
khususnya Ramahjan dalam menjana pembangunan dinegeri ini khususnya
di Parlimen Tenom dimana Umno yang telah bertapak di Sabah lebih 17 tahun
lalu tetapi masih terdapat rungutan rakyat dikawasan luar bandar
berhubung kemunduran infrastruktur jalanraya mahupun PPRT.
"Tidak dinafikan bahawa pembangunan ada dijalankan tetapi tidak diurus
dengan betul sehingga ada yang terbengkalai sepertimana yang berlaku
dengan Pusat GiatMara bersebalahan dengan SMK Tenom. Landasan keritapi
yang sudah menerima suntikan peruntukkan hampir RM1 billion sehingga
sekarang belum siap sepenuhnya. Apakah ini bentuk kecekapan kerajaan
UMNO-BN yang dibanggakan Ramahjan?" jelas Roger.
Roger seterusnya berkata, Ramahjan perlu melihat dalam konteks
kelojikan sesuatu isu politik yang perlu diungkitkan dimana peranan
pembangkang adalah sebahagian daripada nadi kerajaan untuk menyuburkan
sistem demokrasi yang diamalkan dinegara ini supaya rakyat akan
menikmati ertikata sebenar konsep kesaksamaan dan keadilan sejagat.
Harus diingat tambah Roger, bahawa sesiapa juga yang menerajui kerajaan
masakini (government of the day) adalah bertanggung jawab penuh dalam
penjanaan pembangunan untuk rakyat jelata tanpa mengira status termasuk
bertanggung jawab untuk ransangan ekonomi secara jangka panjang yang
mampu bertahan lama dan berdaya saing diperingkat global.
Manakala dipihak pembangkang pula tambah Roger, adalah mempastikan dana
Negara tidak dibelanjakan secara boros dengan sewenang wenangnya
sehingga Negara dibebani hutang luar Negara yang membahayakan kedudukan
ekonomi Negara sepertimana yang pernah berlaku disesetengah Negara.
"Pembangkang tidak mahu melihat kerajaan bertindak tidak adil atau
berat sebelah apabila melaksanakan pengagehan pembangunan kerana paksi
kewujudan sesebuah kerajaan adalah untuk membangun dan membela
kebajikan keseluruhan rakyat jelata tanpa mengira ianya dipihak
pembangkang mahupun kerajaan," tegas beliau.
Dalam pada itu, Roger turut menegaskan bahawa kedangkalan kerajaan
UMNO-BN untuk tidak menghormati asas perjanjian pembentukan Malaysia
sekitar tahun 1963 yang meliputi Sabah, Sarawak dan Malaya sepertimana
yang termaktub didalam 20 Perkara yang melibatkan "Kuasa Otonomi" kini
sudah mula dirasai bahangnya pemimpin pemimpin kerajaan BN Sabah.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun
adalah pemimpin pertama di Sabah menyuarakan kepentingan kuasa otonomi
diberikan kepada Kementerian Persekutuan diSabah atau pun Jabatan
Jabatan Persekutuan untuk melaksanakan pembangunan Jabatan itu di Sabah.
"Tanpa kuasa otonomi maka semua perkara perlu dirujuk kepada
Persekutuan sepertimana yang berlaku dengan Jabatan Pelajaran di Sabah,
dimana kedaifan infrastruktur bangunan sekolah khususnya di pedalaman
berlambak tetapi tak dapat dilaksanakan sebelum kelulusan Kementerian
Pendidikan Malaysia," tegas Roger.
|