Semangat juang SAPP di Lumadan dan Membakut semakin membara
Beaufort:
Julai 30, 2011: Kehadiran Pengerusi-pengerusi PZM di Lumadan dan
Membakut menghadiri Taklimat Persiapan Pilihanraya menjadi asas dan
dorongan kepada pemimpin setempat untuk terus mengembangkan parti ke
peringkat akar umbi.
Menurut Setiausaha Penganjur Pusat En Jamain Sarudin, kedua-dua program
telah dijalankan dengan jayanya. Beliau mengulas perkembangan kedua-dua
kawasan tersebut sebagai perkembangan yang baik dan membuahkan peluang
bagi SAPP bertanding di PRU13 kelak. Kawasan Lumadan telah mengadakan
taklimatnya pada 24 Julai lepas dan dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi
PZM kawasan Lumadan. Turut hadir beberapa orang wakil dari Sipitang dan
Kuala Penyu.
Selain Jamain, Tn. Haji Amdee Sidek Tim. Presiden, En. Edward Dagul –
Ketua Pemuda dan En. Chong Pit Fah – Ketua Penerangan Pusat telah
menyampaikan taklimat kepada peserta.
Sementara
itu siri jelajah taklimat telah diadakan juga di Membakut dan dihadiri
oleh Pengerusi-pengerusi PZM Membakut pada 30/7/2011. Jamain menjadi
penceramah tunggal bagi sesi membakut.
Beliau yang juga Naib Pengerusi CLC Lumadan, menyarankan agar kedua-dua
CLC perlu meningkatkan kesedaran rakyat tentang perjuangan parti
melalui media dari SAPP sendiri.
Menurutnya ketika ini SAPP bukan sahaja mempunyai laman web tetapi juga
Sabahtv.net dan saluran radio online disamping risalah Harapan.
Pengerusi-pengerusi PZM harus berani meneroka alam siber bagi
membolehkan mereka mengetahui perkembangan parti setiap hari.
Seterusnya beliau menyeru agar semua pihak sentiasa bersiapsiaga
menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya awal. Turut hadir di majlis
taklimat ialah En. Thomas Chong Pengerusi CLC Membakut, En. Johanis
Piut – Pengerusi CLC Pitas, En. Banjimin Ondoi – Naib Pengerusi
Membakut dan En. Ag. Amin Ag. Saftu – Naib Pengerusi 2 CLC Membakut.
|