Jumlah 30,000 adalah rekod penggangur
KOTA
KINABALU, Ogos 2, 2011: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah tidak
seharusnya terlalu bangga dengar jumlah hampir 30,000 orang yang hadir
untuk memohon pekerjaan dalam karnival kerjaya yang berakhir baru-baru
ini.
"Ia adalah rekod pengangguran di Sabah. Tapi nampaknya Pemuda BN Sabah
sangat bangga dengan jumlah penganggur yang hadir. Adakah mereka
rnenganggap perkara itu sebagai perhimpunan penyokong-penyokong BN?
"Jumlah yang besar itu hanya menunjukkan betapa terdesaknya belia-belia
kita untuk mencari pekerjan," kata Naib Presiden Parti Maju Sabah
(SAPP), Dullie Haji Marie.
Pencari-pencari kerja itu datang dari Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan
tempat tempat lain, katanya, sambil menambah adalah jelas bahawa
sekurang-kurangnya 23,000 daripada pemohon itu masih pulang sebagai
pengangur, kecewa dan hampa.
"Apa yang membuatkan Pemuda BN begitu bangga dengan jumlah yang hadir?"
katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Malah, kata Dullie, Pemuda BN juga ada berkata bahawa karnival kerjaya
2011 yang dianjurkan oleh Pemuda BN Mac lalu di Kuala Lumpur juga
sangat berjaya sehingga ia tercatat dalam Malaysia Book of Records.
"Bagaimana mereka mengukur kejayaan mereka? Adakah berdasarkan jumlah
pengangur yang hadir atau bilangan pekerjaan yang ditawarkan kepada
pemohon? Berapa ramai yang akhirnya mendapat pekerjaan?
"Dalam kes Sabah, terdapat. 6,345 pekerjaan ditawarkan seperti yang
didakwa oleh Ketua Pemuda BN Awang Kadin Tan. Beritahu kami di mana dan
apa jenis pekerjaan yang ditawarkan," katanya.
"Awang Kadin Tang, Ketua Pemuda BN Sabah tersilap menterjemah bilangan
penganggur yang hadir sebagai kejayaan karnival belia mereka," katanya.
|