Dua saman kerajaan sebab gagal laksana "Borneonisation"
KOTA
KINABALU, Ogos 9, 2011: Dua penduduk Sabah pada Isnin mengemukakan
saman terhadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana gagal
melaksanakan Pemborneonisasian terhadap perkhidmatan awam Persekutuan
di Sabah seperti yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia.
Bekas anggota polis Bernard Fung Fon Chen, 70, dan Mohd Nazid Maidan
Dally, 36, yang bekerja sendiri, menfail saman itu melalui peguam Peter
Marajin di Pendaftar Mahkamah Tinggi pukul 10 pagi.
Fung dari Kota Kinabalu dan Nazib dari Sipitang menamakan Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing sebagai defendan pertama
dan kedua.
Mereka memohon pengisytiharan mahkamah yang Kerajaan Persekutuan telah
gagal dan/atau cuai mempercepatkan dan melaksanakan sepenuhnya
Pemborneonisasian perkhidmatan awal persekutuan di Negeri ini.
Mereka juga memohon pengistiharan Kerajaan Negeri telah gagal dan/atau
cuai mengambil perundangan seperti itu, melaksanakan dan/atau bertindak
seperti apa yang diperlukan dalam melanjutkan dan untuk melaksanakan
sepenuhnya jaminan, perjanjian dan syor berkaitan dengan
Pemborneonisasian perkhidmatan awam persekutuan di Sabah.
Plaintif seterusnya memohon pengisytiharan yang defendap pertama telah
gagal dan/atau mengabaikan nasihat Yang Di Pertuan Agong di bawah
Artikel 153(2) Perlembagaan persekutuan untuk memastikan reservasi bagi
anak negeri Sabah seperti jumlah sewajarnya jawatan dalam perkhidmatan
Persekutuan di Sabah.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa defendan pertama telah gagal
melahsanakan sepenuhnya jaminan dan syor khusus dalam perenggan tujuh
Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) bahawa Ketua
Menteri Sabah harus dibawa berunding sebelum Kabinet Persekutuan
menasihatkan Yang Di PertuanAgong tentang reservasi jumlah sewajarnya
jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan untuk anak negeri Sabah.
Mereka juga memohon pengisytiharan yang pindaan kepada Perlembagaan
Persekutuan melalui pemansuhan Artikel 161A(3) pada 1971 adalah ultra
vires dengan Artikel 161E(2)(d) Perlembagaan Persekutuan kerana pindaan
pada 1971 itu tidak mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah.
Mereka juga memohon pengisytiharan yang penduduk dan anak negeri di
Sabah mempunyai jangkaan yang sahih bahawa Pemborneonisasian
perkhidmatan persekutuan di Sabah dilaksanakan dengan segera dan
sepenuhnya, kos dan penggantian lain.
Kedua-dua Fong dan Nazib merujuk kepada Perjanjian Malaysia bertarikh 7
Julai, 1963, Akta Malaysia 1963, laporan IGC 1962, Memorandum 20
Perkara dan Memorandum Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
mengenai Malaysia yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold dan
Perlembagaan Malaysia dalam saman mereka.
Pendengaran terhadap saman itu akan dilakukan di Mahkamah Tinggi pada
10 Oktober tahun ini.
Fung, yang meletakkan jawatan sebagai Inspektor pada 1980 setelah
berkhidmat dalam pasukan polis selama 13 tahun, men- dakwa dia meletak
jawatan kerana kecewa dan patah semangat kerana walaupun mempunyai
kelayakan, dedikasi dan kerja keras, beliau sering diketepikan apabila
berlaku kenaikan pangkat ke jawatan Asisten Superintenden Polis dan
beliau juga sentiasa bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sahaja di
negara ini.
"Walaupun ada kekosongan dari semasa ke semasa di Sabah dan tempat lain
di Malaysia, tetapi jawatan itu sering sahaja diberikan kepada para
pegawai dari Semenanjung Malaysia sedangkan terdapat orang yang layak
seperti saya dan lain-lain dari Sabah yang boleh mengatasi kekosongan
tersebut.
"Sebagai warga dari zaman pra-Malaysia, saya berpeluang memfailtindakan
ini terhadap kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana gagal memenuhi
perjanjian dan jaminan yang dibuat terhadap Sabah pada 1962 dan 1963
oleh para pemimpin Malaya dan jabatan penjajah British untuk
melaksanakan Pemborneonisasian mengikut dasar dan keperluan
perlembagaan.
Oleh Jo Ann Mool
|