Kenyataan Dato Rahman Dahalan mengelirukan rakyat Kota Belud
KOTA
BELUD, Ogos 17, 2011: Ketua Penerangan Zon Utara Tengah SAPP merangkap
protem Ketua Cawangan Kg. Piasau, En Jack Giau membidas kenyataan Dato
Rahman Dahalan mengenai kawasan tanah adat di kawasan Rampayan Ulu kota
Belud. Dengan menafikan sekeras-kerasnaya hak-hak masyarakat yang
terlibat untuk mendapatkan hak pemilikan keatas tanah-tanah yang tidak
bergeran di kawasan tersebut, yang mana satu tunjuk perasaan yang
diketuai oleh EN Akim membantah pengambilan tanah dikawasan tersebut
oleh syarikat yang membangunkan kawasan sebagai pusat pelancongan.
Adalah tidak logiknya seorang Ahli Palimen tidak mengetahui perkara
yang dirancang oleh kerajaan, atau cadangan-cadangan kerajaan di
kawasan Perliment yang di wakili, lebih-lebih lagi kawasan yang
terlibat adalah kawasan penyokong kuat UMNO. Seharusnya kerajaan BN
sepatutnya memberi pembelaan sewajarnya kepada rakyat dikawasan
tersebut.
Selaku KETUA PENERANGAN SAPP Zon Utara Tengah, dan juga merupakan
penduduk kawasan daerah Kota Belud saya tergerak untuk membidas wakil
rakyat P169 ini kerana kegagalan dalam melaksanakan tugas sebagai wakil
rakyat, di kawasan daerah Kota Belud, kerana wakil rakyat P169 bukan
bermastautin didaerh kota belud. Dan mungkin kerana itu beliau tidak
peka dengan perkembangan yang berlaku di daerah ini. Selain dari
tuntutan hak adat di daerah ini dan pembangunan perancangan kerajaan
yang mengelirukan rakyat seperti pembinaan empangan di kampong
Tambatuon juga menjadi agenda utama Ahli Palimen p169 ini dan juga Ahli
Dewan Undangan Negeri N7 Kadamaian yang mendesak rakyat menerima
pembangunan yang tidak di terima rakyat didaerah ini, SAPP Kota Belud
mahu desakan rakyat yang terlibat ini di dengar bukannya dinafikan hak
bersuara,
SAPP Kota Belud bukannya menolak pembangunan sekiranyanya perancangan
itu di senangi rakyat dan memberi manafaat secukup kepada kawasan
tersebut, tetapi hakikatnya rakyat Kota Belud menolak sekeras-kerasnaya
pembinaan Empangan ini. Peruntukan sebanyak RM450juta pembinaan
empangan Tambatuon yang dicadangkan oleh kerajaan adalah satu
peruntukan yang besar dan seharusnya SAPP berbanga kerana Daerah Kota
Belud menerima peruntukan berbillion ringgit ini, tetapi kerajaan BN
sepatutnya memperbaiki dulu persarana perhubungan awam seperti
jalan-jalan raya yang mana amat mendesak dan memerlukan pembinaan dan
pembaikan di kawasan Kota Belud, contoh kawasan Kadamaian, Jalan Raya
Piasau Malangkap dengan angaran 18km umpamanaya yang memerlukan jutaan
ringgit untuk membaiki jalan tersebut Jalan Mengkulat Podos, Jalan
Taginambur Gensurai, Jalan Malangkap baru ke Malangkap Tiung, yang mana
hampir tidak dapat dilalui kenderaan umpamanya, kenapa pemimpin
kerajaan serta wakil rakyat kawasan ini menutup mata?, Jalan-Raya
Tengkurus dimana Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud tinggal di
kampong tersebut juga jalan yang teruk tak bertar, mengapa pemimpin
kawasan tidak mengambil tindakan serius menaik tarafkan jalan-jalan di
kawasan tersebut sedangkan ianya jalan utama penduduk masyarakt luar
Bandar? dan peruntukan sebanyak 450juta untuk Empangan sekiranya
disalurkan untuk pembinaan dan pembaikan jalanraya mampu menyelasaikan
60 peratus jalan-jalan raya utama kawasan Kadamaian.
SAPP Kota Belud menentang sekeras-kerasnaya penafian hak rakyat untuk
menerima pembangunan, dan rakyat Kota Belud bertanya kepada Kerajaan
kemana perginya cadangan SHELL Malaysia membina pusat penapisan minyak
dan gas di kawasan Kuala Abai Kota Belud dengan keluasan tanah dipohon
seluas 172 ekar? anehnya program pembangunan seperti ini sepatutnya
perlu di beri sokongan oleh pemimpin kerajaan daerah ini untuk
mengujudkan pekerjaan kepada penduduk Daerah Kota Belud kerana rakyat
Kota Belud Berhak menerima kemudahan pekerjaan dan keistimewaan yang
diujudkan oleh pengeluar minyak seperti Petronas dan SHELL kerana
darmaga minyak dibina di kawasan pesisir pantai kawasan Kota Belud.
SAPP Kota belud mahu minta penjelasan daripada pemimpin BN dan jabatan
kerajaan yang terlibat kemana perginya projek pembinaan KOTA BELUD
RELIEVE ROUTE (SRI RANGAU). RUJUKAN NO KONTREK :HQ27/2010(S) yang
sepatutnya memulakan kerja-kerja pembinaan pada, BERTARIKH 25 FEBUARI
2010, kontraktor yang dilantik Sembilan Jaya Co. seperti yang tertulis
dalam papan tanda dikawasan Talak Bana pekan kota belud. Sehingga
sekarang ini tidak menampakkan sebarang tanda memulakan kerja-kerja
tersebut, apa kah papan tanda itu hanya gimik politik mengaburi mata
rakyat? Dan sekiranya terdapat kecacatan dalam penganugerahan projek
tersebut SAPP minta siasatan dilakukan mengapa projek ini gagal di
laksanakan? Kerana sememangnya masyarakat kota belud mengharapkan jalan
pintas ini dapat diujudkan kerana jalan masuk keluar pekan kota belud
memerlukan jalan pintas untuk mengelakan kesesakan lalu lintas.
Oleh Jack Giau, Ketua Penerangan Zon Utara Tengah Parti Maju Sabah
(SAPP) merangkap protem Ketua Cawangan Kampung Piasau.
|