Penduduk Melalap sokong SAPP tumbangkan BN
Oleh: MEDIA SAPP TENOM
TENOM, Ogos 21: Rakyat dikawasan Mukim Melalap digesa agar menilai
sendiri bagaimana kesudahannya janji janji pemimpin pemimpin Barisan
Nasional (BN) ketika mereka berkempen pada PRU12 yang kononnya mereka
akan menjadikan cadangan status pekan kecil Melalap menjadi kenyataan
apabila BN menang dan kembali memerintah negeri ini selepas itu.
Bagaimana pun PBS dan BN kini sudah kembali berkuasa tetapi tidak pun
kelihatan janji janji mereka tertunai meskipun kerajaan BN hanya
tinggal beberapa bulan sahaja lagi dibubarkan untuk menghadapi PRU13.
Naib Presiden SAPP Jimmy Jawatah berkata demikian ketika merasmikan
mesyuarat Tahunan parti itu bagi Cawangan SAPP Kg Oloson-Tukalilan pada
Ahad yang dihadiri kira kira 60 orang terdiri daripada ahli dan
penyokong SAPP dikawasan itu.
"Apa sudah jadi dengan janji janji BN konon mahu bikin pekan kecil,
bina sederet kedai, bina Sekolah Menengah dan juga SDC atau Koridor
Pembangunan Sabah yang konon konon mahu menjadikan Melalap sebagai
pesat membangun dari segi ekonomi…apa jadi sekarang macam janji tarang
bulan juga," tegas Jimmy.
"Dengar cerita lagi…Datuk Radin Malleh mahu bersara dalam politik
selepas menghabiskan penggal yang dia menang tanpa bertanding untuk
tahun 2012-2014. (Jadi)…kalau sudah bersara macam mana sudah itu janji
untuk pekan kecil Melalap atau mungkin pengumumannya itu satu sandiwara
politik lagi," tambah Jimmy disambut gelak ketawa daripada hadirin.
Jimmy yang juga merupakan Ketua CLC Melalap dan Kemabong seterusnya
berkata, pemimpin pemimpin BN khususnya PBS sanggup berbuat apa sahaja
bentuk pendustaan kata kata kepada rakyat asalkan parti itu dapat
membantu rakan karib mereka UMNO untuk terus hidup subur dibumi Sabah.
"PBS dan Pairin bukanlah mereka yang pernah kita sokong dahulu sekitar
tahun 1985 dimana PBS mula mula menumbangkan kerajaan diktaktor Parti
Berjaya…sebaliknya Pairin dan PBS sekarang sudah jauh berubah untuk
mencapai matlamat asalnya," ujar beliau.
"Kalau dulu mereka lantang bersuara membela hak asasi rakyat Sabah
termasuk isu PTI dan kad pengenalan tetapi sekarang mereka terus senyap
malah langsung tidak bersuara lagi," jelas Jimmy lagi sambil kesal
bahawa PBS merupakan satu satunya parti tempatan tetapi gagal menangani
masalah PTI diSabah.
Dalam pada itu, Jimmy turut menyelar ketelusan pemberian program e-kasih
dimana ianya memberi ruang terbuka luas untuk aktiviti penipuan
dikalangan pemohon sepertimana yang berlaku sekarang bahawa kebanyakkan
pemohon yang diluluskan layak menerima adalah golongan mereka yang
berkemampuan malah mereka yang berstatus PTI pun dapat.
Beliau berkata, perjuangan SAPP memerlukan sokongan padu daripada
segenap lapisan rakyat diSabah untuk tampil bersama sama parti itu
untuk menumbangkan kerajaan BN yang ditunjangi Umno pada PRU13 pada
masa akan datang ini, kerana hanya dengan berbuat demikian segala
masalah penyelewengan, pemanipulasian ekonomi dan isu pengusiran PTI
akan dapat dibanteras dengan sewajarnya.
"Jika kita terus berpeluk tubuh tidak mahu menyertai perjuangan SAPP
bagi membersihkan pelbagai masalah salah laku yang dicetuskan kerajaan
BN, maka selagi itu keadaan tidak akan berubah malah akan bertambah
parah lagi," tegasnya.
"SAPP merupakan sebuah parti tempatan dimana wadah perjuangannya adalah
semata mata untuk menuntut kembali hak hak asasi kita sepertimana yang
termaktub didalam 20 Perkara termasuk mahu mengembalikan hak kuasa
otonomi yang ada pada pada kita suatu ketika dulu iaitu semasa
pembentukan Malaysia bersama Sarawak dan Malaya pada tahun 1963,"
tambahnya lagi.
Terdahulu, Ketua Cawangan SAPP Kg Oloson-Tukalilan Flavius Robert
menjelaskan bahawa sudah sampai masanya rakyat bangkit berjuang bersama
SAPP untuk mengembalikan hak hak asasi negeri ini yang kian terhakis,
dimana jikalau rakyat tidak dengan sendirinya bertindak siapa lagi yang
harus ditunggu dan diharap untuk membetulkan kepincangan itu.
Tegasnya, janganlah mengharapkan wakil rakyat BN untuk bersuara membela
rakyat sedangkan janji janji pembangunan seperti menaiktaraf jalanraya,
membaiki kerosakan jalanraya termasuk bantuan warga emas kena menunggu
bertahun tahun untuk diambil perhatian.
"Kita difahamkan bahawa kerajaan Sabah selain tidak mempunyai dana yang
mencukupi untuk membiayai pembangunan tetapi satu masalah lagi dimana
kerajaan negeri terpaksa mendapat arahan atau keizinan Kuala Lumpur
terlebih dahulu sebelum sesuatu projek dimulakan. Mana sudah slogan PM…Rakyat
didahulukan, pencapaian diutamakan," tegas Flavius.
Selain itu, terdapat keraguan penduduk setempat yang menerima maklumat
mengatakan bahawa sekiranya SAPP ditakdirkan menang dalam PRU13
diperingkat negeri, tidak akan memberi impak yang berkesan jika tidak
bersepakat dengan PR yang akan membentuk kerajaan pusat kelak.
Bagaimana pun sumber maklumat itu tidak dapat disahkan namun ianya
dapat dijelaskan oleh rombongan SAPP yang menyifatkan itu sebagai satu
dakyah pihak lawan (BN) yang menakut nakutkan penyokong SAPP supaya
mereka berperasaan tawar hati untuk menyokong SAPP berdasarkan andaian
maklumat itu.
Apa yang sebenarnya berlaku bahawa isu tersebut merupakan satu persepsi
semata mata sedangkan sebelum ini pun empat negeri di Semenanjong telah
dikuasai pembangkang (Selangor, Kedah, Kelantan dan P.Pinang) tidak
mengalami masalah pentadbiran namun dari segi prestasi kepimpinan
kerajaan pembangkang jauh lebih baik daripada dulu sewaktu BN
memerintah.
|