DAP mungkin bermimpi tawan Kemabong
Oleh:
MEDIA SAPP TENOM
KEMABONG,Ogos 23: Ketua Peti Undi SAPP Mukim Rundum Palipus Ampasu 50,
menafikan dengan sekeras kerasnya penglibatan beliau terhadap aktiviti
DAP dikawasan disini dan menyifatkannya sebagai satu spekulasi semata
mata yang bertujuan untuk melemahkan keyakinan parti terhadap beliau
dan seterusnya memecahbelahkan para penyokong SAPP Kemabong.
Tegasnya, beliau percaya taktik kotor itu sengaja dirancangkan oleh
kumpulan yang tidak bertanggung jawab dengan niat tertentu lebih lebih
lagi pilihanraya umum kali ke-13 semakin menghampiri tarikh
pembubarannya yang akan dilakukan pada bila bila masa dari sekarang.
"Saya dan ahli ahli SAPP disini tetap tidak berganjak kerana SAPP
merupakan sebuah parti tempatan yang perlu disokong untuk mencapai
matlamatnya membentuk kerajaan baru selepas PRU13," kata beliau ketika
dihubungi untuk mendapatkan pengesahan spekulasi itu pada Selasa.
Palipus berkata demikian ketika mengulas desas desus yang tersebar luas
sejak akhir akhir ini bahawa beliau kononnya berkemungkinan akan
berpindah ke parti DAP bersama seorang lagi pemimpin muka baru
berkelahiran didaerah disini dimana mereka dijangka akan menemui
pemimpin veteran DAP Kebangsaan Lim Kit Siang semasa pemimpin veteran
itu berkunjung ke Kuala Tomani pada September 3, 2011.
Bagaimana pun, Palipus menolak dakwaan itu secara total kerana
perjuangannya tetap tidak berubah selagi konsep perjuangan SAPP yang
sudah sebati dalam sanubarinya begitu yakin dan tegas akan
memperjuangkan hak hak rakyat Sabah sepertimana yang termaktub dalam
dokumen 20 Perkara.
"Bagaimana rakyat Kemabong yang 90 peratus majoritinya penduduk suku
Murut boleh menerima DAP sebuah parti luar Sabah yang berkonsepkan
perjuangan untuk membela nasib kebajikan masyarakat Cina?" tanya beliau.
"Jikalau dikawasan bandar bandar ada rasionalnya…tetapi disni kawasan
luar bandar? Mungkin juga DAP sedang dilamun mimpi indah kerana terlalu
berangan angan…sedangkan cawangan dan pejabat pun tiada. (jadi)…apa
asas dan buktinya DAP boleh letak calon disini," tambah Palipus lagi.
Palipus seterusnya berkata, rakyat disini memang terkenal dengan gaya
kemesraan dan sopan santunnya dimana sesiapa sahaja yang datang melawat
rakyat disekitarnya akan melayani mereka namun kesempatan itu (kemesraan)
janganlah pula ianya dianggap rakyat sudah bersetuju menyertai DAP.
"Kita ibaratkan kalau mahu meminang seseorang gadis, takkan lah kita
terus jatuh cinta jikalau tak kenal…inikan pula ahli DAP pun belum,
cawangan pun tiada, macam mana boleh katakan kita sudah masuk DAP…nanti
orang label kita ‘gila politik’ pula," tambahnya lagi.
|