Rapatkan perbezaan
harga Sabah, Sarawak dan Semenanjung
SAPP
gesa kerajaan hapus sistem Kabotaj rapatkan perbezaan harga Sabah,
Sarawak dan Semenanjung
KOTA KINABALU, Ogos 26, 2011: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)
Jimmy Jawatah menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar mengatasi
secara serius masalah ketidak seimbangan harga dagangan seperti kos
pengimportan dan eksport dimana selagi tidak ditangani ianya akan terus
membebankan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.
Katanya, beliau yakin dan percaya bahawa masalah berlaku perbezaan kos
diantara kedua dua wilayah disebabkan tindakan kerajaan pusat
memperkenalkan sistem kabotaj yang mensyaratkan hanya pelabuhan Klang
sebagai pusat pemunggahan barangan import dan eksport di seluruh
Negara.
"Sistem kabotaj hanya memberi hak kepada Port Klang sebagai pusat
memproses pengimportan dan eksport ke luar Negara manakala pelabuhan
pelabuhan dalam Negara sebagai urusan domestik," kata beliau ketika
mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian
dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin baru baru ini.
Datuk Seri Yahya pada Rabu berkata demikian ketika menjawab soalan Adun
Bingkor Datuk Justin Guka semasa persidangan DUN baru lepas yang
bertanya punca harga kepingan getah di Sabah jauh berbeza dengan
Semenanjung dimana Yahya menjawab bahawa ia berlaku berpunca daripada
pertambahan kos lojistik serta kos pemprosesan yang tinggi diSabah.
Jimmy seterusnya menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil pendekatan
yang lebih serius kearah membetulkan keadaan itu dengan meminta
kerajaan pusat agar menghapuskan sistem kabotaj demi untuk
menyelamatkan nasib masa depan para peniaga dan pekebun kecil getah
dinegeri ini dari terus terbeban disebabkan masalah tersebut.
Menurut Jimmy, pucuk pimpinan SAPP telah menyederi hakikat itu sejak
awal lagi dan telah pun mencadangkan kepada kerajaan betapa perlunya
sistem itu dihapuskan kerana selagi ianya diteruskan sudah pastilah
kesan daripada sistem yang salah itu akan terus membebankan rakyat
khususnya para peniaga dan pekebun pekebun kecil dan sederhana.
"Selagi sistem kabotaj terus mendominasi urusniaga sistem pengimportan
dan eksport yang hanya memberi hak kepada Port Klang selagi itu harga
barangan diSabah dan Sarawak tidak seimbang malah jauh berbeza dengan
Semenanjung," tegas Jimmy lagi.
Selain itu, Jimmy turut mendedahkan perimbangan harga menerusi penemuan
sepertimana yang didedahkan oleh Datuk Seri Yahya dalam kenyataan
beliau dimana harga getah kepingan di Sabah RM7.70 sekilo (RM13.35
sekilo di Semenanjung), manakala caj bagi pengangkutan 36 sen dan 10
sen bagi caj pemprosesan setiap sekilo dikenakan bagi dagangan getah
diSabah.
Contohnya, dagangan getah Malaysia Rubber Fund Board (24.8.2011)
mencecah RM1,330.00 setan, Sabah’s moisture 70% dry rubber contents (KGK)
RM931.00, ditolak lagi kos lojistik RM36.00 dan processing cost RM10.00
@ RM46.00 bakinya RM885.00.
Manakala diSabah menerusi LIGS RM770.00 setan dan apabila ditolak
dengan kos perolehan di Semenanjung (RM885.00) maka perbezaannya adalah
sebanyak RM115.00.
Dalam pada itu, Jimmy turut menggesa kerajaan khususnya Kementerian
berkaitan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen pembelian susu
lateks atau kepingan kepada syarikat syarikat yang tidak berwibawa atau
syarikat yang kurang kompeten terhadap urusniaga tersebut.
Tegasnya, disebabkan kehadiran ejen ejen yang berlambak bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan maka sudah tentu kesempatan “ulat ulat"
membolos diri untuk menceburi perniagaan jual beli getah yang
beroperasi dipelusuk kampung yang modus operandinya lebih merugikan
pekebun kecil.
Oleh: Mail Matthew
|