PBS bukan parti KDM
Oleh
Peter Marajin
Kita biasa terdengar beberapa isu-isu politik di kawasan Kota Belud (di
Kadamaian khasnya) yang ditimbulkan oleh sebilangan pihak yang
berkepentingan (dan mungkin juga oleh orang-orang yang tidak
berkepentingan tetapi suka menimbulkannya). Isu-isu ini, mungkin juga
relevan di kawasan-kawasan lain di Sabah, seperti berikut:
ISU No. 1 – "Kita KDM Tidak Harus Mengenepikan PBS Dalam Pilihanraya
Akan Datang Sebab PBS Adalah Parti KDM. Jika PBS Kalah Maka KDM Akan
Kehilangan Parti Sendiri Di Sabah"
Komen saya: Pertama, PBS sebenarnya bukanlah parti Kadazandusun Murut.
Hanya kebetulan sahaja PBS diketuai oleh seorang KDM. Jika kita lihat
perlembagaan parti PBS kita tidak akan melihat satu ayatpun yang
mengatakan PBS adalah parti KDM. Itulah sebabnya keahlian dan
kepimpinan PBS adalah terdiri dari golongan Bumiputra Islam, Bumiputra
Bukan Islam dan Cina. Ini bermakna PBS adalah sebuah parti berbilang
kaum dan bukan parti KDM seperti yang disalah sangka oleh sebilangan
pihak.
Kedua, walaupun parti ini adalah parti KDM atau diketuai oleh seorang
KDM, parti ini sangat jelas telah gagal menaikkan mertabat bangsa KDM
di mata rakyat di Negara ini. Cuba kita lihat disekeliling kita, kaum
KDM lah yang termiskin di Sabah (mahupun di Malaysia). Hanya baru-baru
ini kita membaca bagaimana seorang perempuan KDM di Kota Marudu
melayari hidup yang sangat perit di bumi yang diberkati dengan kekayaan
hasil yang banyak dan kaya.
Orang KDM sahaja di Negara ini yang pernah membunuh diri kerana
kemiskinan walaupun dia hanya berumur 12 tahun (masih ingat Dony di
Kinarut?). Orang KDM sahaja yang kehilangan beribu-ribu ekar tanah
nenek moyang mereka kerana di "rampas" oleh syarikat gergasi di luar
Sabah.
"Rampasan" ini bukan sahaja dibuat oleh syarikat besar tetapi
kadang-kadang oleh agensi yang disokong Kerajaan. Ingat baru-baru ini
sahaja Begaraya dinasihati tidak teruskan projeknya yang beribu ekar di
Kota Marudu. Orang KDM menjadi mangsa dalam perkongsian tidak adil
dalam perbahagian jawatan dalam perhidmatan Awam (kita pernah mendengar
formula 40:40:20 tetapi sehingga sekarang tidak dilaksanakan).
Orang KDM terhimpit dibumi sendiri dengan kehadiran lebih sejuta
pendatang haram dari Negara jiran dan diberi kad pengenalan dan
disenarai sebagai pengundi, diberi keutamaan dalam semua bidang dan
sektor ekonomi. Orang KDM diberi tempat yang kecil dalam pengajian
tinggi di Negara ini.
Orang KDM dipinggirkan dalam pemberian pembangunan infrustrktur seperti
jalanyara yang beraspal. Cuba kita lihat kawasan Kadamaian sahaja
sebagai contoh.
Berbanding dengan Usukan dan Tempasuk kebayakan jalan di
kampung-kampung di Kadamaian masih dalam tahap dan keadaan yang lebih
kurang seperti dalam pemerintahan British dulu, walaupun kita sudah
‘merdeka’ 48 tahun. Dan terlalu banyak lagi kegagalan untuk dimuatkan
dalam ruangan FB yang terhad ini. Soalnya, masih lagi kah kita
berbangga dengan PBS, sebagai parti KDM?
Ketiga, saya rasa kita kenalah buka minda sedikit dan mula berfikir
bagaimana kita cuba ubah keadaan ini tanpa bergantung harap dengan PBS
lagi. Kita cuba bayangkan hidup ini tanpa PBS. Orang Amerika, British,
Australia, Jepun, Korea Selatan dan Negara-negara maju yang lain tidak
terkongkong dengan satu parti (walaupun parti itu dianggap parti "orang/bangsa
kita"). Mereka pintar, mereka senantiasa sedar bahawa penubuhan
Kerajaan adalah di tangan mereka.
Jadi, mereka ganti Kerajaan dengan tidak mengundi parti yang memerintah
yang gagal memenuhi kehendak rakyat dan mengundi parti lain pula iaitu
pembangkang. Dan jika parti pembangkang tadi yang mengambilalih
Kerajaan tidak lagi dapat memberi yang terbaik untuk rakyat, mereka
undi lagi kembali parti yang mereka singkir dari Kerajaan sebelum ini.
Dengan begini setiap Kerajaan yang baru ambilalih akan hanya berusaha
bertungkus-lumus berkhidmat untuk RAKYAT dan bukan untuk SAKU sendiri.
Tiada rasuah, tiada salahguna kuasa, tiada menipu rakyat, tiada
membelanjakan wang rakyat sewenang-wenangnya dan sebagainya. Bukankah
ini bagus untuk kita contohi?
Ayuh, kita cuba ini dalam pilihanraya akan datang! (…….Bersambung
dengan ISU No. 2, stay tuned).
|