Adakah Sabah sebuah negeri merdeka di Malaysia
Oleh
John Stephen Dionysius
(Disebabkan permintaan ramai, artikel yang sebelum telah dikeluarkan
dalam Bahasa English telah diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia untuk
tatapan umum. Walau bagaimanapun jika ada kemuskilan atau percanggahan
maksud atau fakta artikel Bahasa English adalah digunapakai)
Melalui kehidupan normal yang kita lalui, Sabah baru sahaja menyambut
Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan akan menyambut Hari Malaysia pada 16
September. Persoalan sekarang ialah di manakah Sabah akan tujui selepas
tarikh ini. Sebagai seorang belia Malaysia di Sabah, saya rasa
terpanggil untuk berkongsi dan ingin membawa rakyat Sabah kembali ke
hari-hari terawal Malaysia dan bertanya sama ada Sabah sudah
benar-benar sebuah negeri merdeka dalam Malaysia selepas 48 tahun
dijajah British.
Saya ingin memberi senario di sini:
Orang telah bertanya sama ada Sabah menyertai atau membentuk Malaysia?
Saya memberitahu mereka bahawa tidak akan ada Malaysia tanpa penyertaan
Sabah dan Sarawak. Adakah Malaysia wujud pada 31 Ogos 1957? Jawapannya
ialah TIDAK. Malaysia hanya wujud pada 16 September 1963 apabila Sabah
dan Sarawak bersama-sama dengan Tanah Melayu (Malaya) membentuk
MALAYSIA.
Sejak itu, Sabah telah menjadi apa yang sehingga hari ini dari negeri
terkaya kepada negeri termiskin di Malaysia. Selama 48 tahun Sabah
telah terlalu bergantung kepada kerajaan Persekutuan dalam apa jua
perkara yang mendatang demi kepentingan masa depan Sabah terutama dalam
segi politik dan ekonomi. Dalam erti kata lain, masa depan negeri Sabah
terletak di tangan Persekutuan dan bukannya rakyat Sabah. Mereka
memutuskan apa yang terbaik untuk Sabah tetapi tidak melalui hasrat /
suara rakyat Sabah.
Semasa pembentukan Malaysia, Sabah adalah sangat muda, baik, merendah
diri dan naif yang cuba untuk belajar merangkak serta rapuh, tetapi
kini selepas 48 tahun Sabah telah melalui satu peredaran transformasi
bukan sahaja orang dewasa tetapi sebuah negeri yang cukup matang dan
atas sebab-sebab itulah, Sabah kini perlu sedar dan bangkit dan
menyebarkan kepada setiap orang di Malaysia tahu bahawa Sabah boleh
mengurus dan mengendalikan diri sendiri tanpa campur tangan langsung
daripada Malaysia Barat. Apa yang menyedihkan kita ialah
pemimpin-pemimpin semasa dalam Barisan Nasional (BN) terutamanya
pemimpin pemimpin parti yang mewakili masyarakat KadazanDusunMurut
(PBS, UPKO dan PBRS) terlalu lemah dalam meletakkan setiap harapan dan
masih terus mengekalkan status quo membiarkan Persekutuan memimpin dan
membuat keputusan.
Apa yang saya maksudkan dengan gangguan daripada Malaysia Barat?
Seperti yang saya katakan sebelum ini, pentadbiran negeri telah
diletakkan di bawah satu pentadbiran pusat tetapi dengan status tidak
ada kuasa di tangan pemimpin Sabah untuk melaksanakan kehendak-kehendak
politik dan ekonomi. Dalam erti kata lain, Sabah sebenarnya telah
hilang autonomi sejak pembentukan Malaysia yang datang dari Federalisme.
Fakta sebenar tentang Federalisme dan Penjajahan ialah kedua-duanya
tidak ada beza sama sekali. Ia adalah sama tetapi hanya satu jenis
istilah yang berlainan digunapakai. Pada masa lalu, kita tidak terlupa
tentang apa maksud autonomi kerana kita memiliki kekangan orang –orang
yang berpelajaran untuk memahami hak-hak sebenar kita.
Sekarang kita sudah mempunyai lebih ramai orang yang berpendidikan
tinggi dan dilengkapi dengan pengetahuan serta kesedaran tentang apa
yang berlaku kepada hak-hak kita yang jelas dinyatakan dalam
pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963. Sebenarnya kita
tidak kehilangan apa-apa terma di dalam Perjanjian Malaysia tetapi
kerana keenganan Kerajaan Persekutuan untuk memenuhi dan mematuhi
Perjanjian Malaysia. Adakah Persekutuan melanggari perjanjian yang
ditandatangani di antara Sabah, Sarawak dan Malaya pada tahun 1963
kerana tidak memenuhi dan mematuhi kandungan perjanjian itu? Sehingga
hari ini rakyat Sabah masih mempersoalkan kesahihan Perjanjian Malaysia
1963 kerana klausa di dalam perjanjian itu digubal meliputi Singapura
dan Brunei di mana Singapura telah ditendang keluar sementara Brunei
tidak menandatangani perjanjian itu.
Satu contoh terbaik ialah pelantikan Ketua Menteri adalah hak negeri
tetapi kini ia telah menjadi satu kehilangan besar maruah kepada Sabah
dan oleh itu kita berhak dan berkeras untuk menuntutnya kembali. Poin
13 Perjanjian Malaysia menyatakan bahawa "Kerajaan Negeri: a) Ketua
Menteri hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Undangan;
b) Maka hendaklah satu sistem kerajaan yang betul di North Borneo
(Borneo Utara)". Tidak pernah disebutkan bahawa majlis perundangan
negeri perlu bersetuju bahawa pelantikan Ketua Menteri adalah hak
mutlak Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan bertarikh 21 Julai (berita harian tempatan), Datuk
Masidi Manjun Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan juga
menteri bertanggungjawab bagi pendidikan negeri telah mendakwa bahawa
sistem pendidikan kita telah hilang autonomi dan menggesa Persekutuan
menyerahkan beberapa kuasa Kementerian Pelajaran dan Speaker Dewan
Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Said pula bercakap tentang
memberi kerajaan negeri autonomi pendidikan. Di bawah Poin 20
Perjanjian Malaysia 1963, Poin 15 dibaca sebagai "sistem pendidikan
yang sedia ada di Borneo Utara hendaklah dikekalkan dan atas sebab ini
ia perlu berada di bawah kawalan kerajaan". Ia telah dinyatakan dengan
jelas bahawa keistimewaan pendidikan sentiasa di bawah prerogatif dan
bidang kuasa negeri ini sejak pembentukan Malaysia. Tiada persoalan
meminta, memberi dan mendesak tetapi adalah menjadi perkara prinsip
utama bagi Kerajaan Persekutuan untuk mematuhi dan memenuhi apabila ia
telah pun termaktub di dalam perjanjian itu. Ini adalah sebab mengapa
sebahagian besar guru-guru muda berijazah di Sabah pada hari ini tidak
diberi sebarang peluang latihan, penyelenggaraan dan lantikan dalam
jawatan tetap. Jika hari ini, Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan
bahawa Sabah adalah negeri autonomi maka Datuk Masidi Manjun akan
menjadi Menteri Pendidikan pertama Sabah dan pada masa yang sama
gelaran Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin sebagai Yang
Dipertua Negeri akan dinaikkan taraf sebagai Yang Di - Pertua Negara
dan rakyat Sabah pasti akan merasa sangat bangga dan juga penghormatan
tertinggi. Poin 18 Perjanjian Malaysia dibaca sebagai "Nama Ketua
Negara: Yang Di - Pertua Negara" yang bermaksud dan membawa kepada
status yang sama rata kepada Ketua Negara.
Saya ingin menyebut juga pada bulan Julai 2011, dua rakyat Sabah dengan
nama Bernard Fung dan Nazib Maidan telah memfailkan saman terhadap
persekutuan dan kerajaan negeri kerana gagal untuk memenuhi Borneosasi
di bawah Poin 8 Perjanjian Malaysia 1963 dan ia masih menunggu dalam
proses penghakiman daripada mahkamah sama ada saman itu berasas atau
sebaliknya. Poin 8 dibaca sebagai "Borneosasi: Borneosasi perkhidmatan
awam perlu diteruskan secepat mungkin." Ia memerlukan hati yang berani
dan patriotik bagi rakyat Sabah dalam mengharungi peperangan yang adil
dan saksama untuk seluruh rakyat Sabah dan rakyat perlu menyanjungi
pengorbanan mulia mereka itu. Seperti yang saya katakan sebelum ini,
kini terdapat lebih ramai orang yang berpendidikan dan sedar betapa
pentingnya Perjanjian Malaysia perlu dipatuhi oleh Kerajaan Persekutuan
dan marilah kita memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada
perjuangan mereka kerana ia adalah kita, anda dan saya dan semua rakyat
Sabah yang harus bersatu kerana kita mempunyai kewajipan untuk
melindungi hak kita dan jika gagal maka Sabah yang akan kerugian
akhirnya.
Kemungkinan ramai yang sudah lupa, oleh itu marilah kita menyedarkan
mereka akan lagu kebanggan negeri Sabah iaitu "SABAH TANAH AIRKU".
Terdapat dalam baris lagu ke 6 mengatakan "MERDEKA SEPANJANG MASA" dan
baris 8 "SABAH NEGERI MERDEKA". Sama ada seseorang itu sedar atau tidak
kedua-dua baris kata-kata yang sangat kuat itu memberi makna yang dalam
sehingga menusuk ke jantung patriotik rakyat orang Sabah. Perkataan ini
membawa makna bahawa Sabah merupakan sebuah Negeri Merdeka. Jika frasa
lagu ini diitafsirkan dengan betul, maka Sabah sepatutnya merdeka dalam
semua aspek dan Sabah harus mentadbir dan membuat keputusan apa yang
terbaik untuk negeri ini untuk seratus tahun akan datang. Tetapi apa
yang menyedihkan kita ialah, selama 48 tahun kerajaan Persekutuan masih
terus menerus memberitahu kita apa yang harus dan tidak harus dilakukan
oleh Sabah. Akibat daripada amalan ini dan sebagai balasan kepada
segala pembangunan yang telah diperolehi, Sabah bukan sahaja kehilangan
autonomi malah kehilangan segala-galanya termasuk semua tanah, laut,
kekayaan semula jadi sumber negeri seperti minyak dan gas, kayu balak,
minyak sawit, kehilangan pekerjaan, hasil negeri dan senarai itu
berterusan dari hari ke hari dan bulan ke bulan yang mana tidak memberi
manfaat kepada rakyat Sabah keseluruhannya terutamanya di Sabah di mana
kemiskinan yang masih meluas berbanding dengan negeri - negeri lain di
Malaysia. Pada bulan Julai 2011, Sabah menerima satu lagi tamparan dan
kejutan apabila kehilangan perwakilan tunggal sebagai lembaga pengarah
dalam Sistem Penerbangan Malaysia (MAS). Jawatan yang dipegang selama
ini telah disingkirkan selepas perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia
menjadi kenyataan. Nampaknya sangat jelas bahawa segala keistimewaan
yang telah diberi kepada Sabah selama ini kini telah ditarik balik
tanpa pengetahuan dan merujuk daripada negeri ini. Adakah sesiapa
terfikir apa yang akan berlaku kepada Sabah jika keesokan hari semua
sumber asli yang kini dinikmati Sabah telah habis hasilnya? Apa yang
tinggal untuk dinikmati oleh generasi Sabah yang akan datang?
Di manakah para pemimpin Barisan Nasional (BN) terutamanya PBS, UPKO
dan PBRS yang mendakwa telah memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah
apabila rakyat meletakkan harapan tinggi kepada mereka? Mengapa Tan Sri
Joseph Pairin Kitingan tidak membuat pendirian mengenai perwakilan
tunggal Sabah dalam MAS? Mengapa Tan Sri sebagai "Huguon Siou" pemimpin
utama mengenai isu-isu pribumi tidak membuat pendirian terhadap kes-kes
rampasan tanah yang sangat berleluasa di Sabah pada masa ini di bawah
pentadbiran Barisan Nasional di mana lebih daripada 1000 kes telah
berlaku berbanding dengan negeri lain seperti Johor, Selangor dan
Pahang seperti yang telah dilaporkan oleh Jennifer Lasimbang,
Pesuruhjaya Suhakam (yang dilaporkan di DE bertarikh 9 ogos 2011).
Apakah pendirian Presiden PBS, UPKO dan PBRS mengenai saman terhadap
kerajaan negeri dan persekutuan oleh dua rakyat Sabah mengenai
Borneonisasi? Pendirian Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
sebagai Timbalan Ketua Menteri yang kedengaran adalah mengenai
peningkatan tarif elektrik yang diumumkan Datuk Peter Chin Fah Kui,
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air seorang menteri persekutuan
yang ketara menyebelahi menteri tersebut walaupun terdapat rayuan
mendalam daripada orang-orang Sabah.
Adakah Tan Sri Pairin jahil atau sengaja ingin melupakan bahawa Sabah
adalah negeri termiskin dengan 40% kemiskinan di negeri ini datang
daripada masyarakat KDM yang mana meletakkan beban yang lebih berat
kepada kumpulan etnik bumiputera ini selain kenaikan harga dan kos
hidup yang semakin meningkat.
Amalan Federalisme melalui politik dalam membuat keputusan ini mesti
dihentikan dan ia adalah sebab utama mengapa Parti Maju Sabah (SAPP)
menarik diri dari Barisan Nasional dan mengorbankan segala faedah dan
manfaat mereka dalam kerajaan untuk menjadi pembangkang dan terus
berjuang demi kebaikan rakyat Sabah dan percaya bahawa kuasa rakyat
perlu kembali ke Sabah melalui "Autonomi". Sama ada anda suka atau
tidak, Sabah secara langsung masih terkena bahang penjajahan
persekutuan melalui parti-parti berasaskan semenanjung seperti UMNO/BN
sejak penjajahan British dan minda kita masih belum mendapat
kemerdekaan. Sabah kini perlu mula mempercayai bahawa kita boleh
mentadbir dan menguruskan Negeri di Bawah Bayu ini dengan sumber-sumber
semulajadi yang luas tanpa gangguan langsung daripada persekutuan
dengan mengambil contoh daripada dua negara kecil iaitu Singapura dan
Brunei yang dapat menguruskan ekonomi dengan baik disamping mata wang
yang kukuh.
Jika anda masih ingat, saya telah menulis satu artikel (Perkara ini
Tiada berlaku seperti di Sarawak: DE September 16, 2010) mengenai masa
depan parti-parti tempatan dan fakta menyebut bahawa Tunku Abdul Rahman
dan Tun Razak telah menolak permintaan Tun Musthapa untuk mengembangkan
UMNO ke Sabah semasa pembentukan awal Malaysia dan bahawa masa depan
politik Sabah dan Sarawak adalah lebih baik diputuskan oleh parti -
parti tempatan yang berasaskan konsep Perikatan Nasional. Selepas
Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 perubahan landskap politik yang amat
besar dan ketara telah berlaku apabila kali pertama Barisan Nasional (BN)
telah dinafikan majoriti 2 / 3 di Parlimen dan Pakatan Rakyat (PR –
parti - parti komponen yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS
berasaskan parti semenanjung) berusaha keras untuk menakluk Malaysia
Timur untuk melenyapkan UMNO / BN di Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-13
yang akan datang dengan memperkenalkan sistem dua parti untuk
menghadapi Barisan Nasional sekaligus memastikan mereka dapat menawan
Putrajaya dan ini diramal secara langsung sebagai berniat menghapus
dengan tidak bekerjasama atau menjejaskan parti-parti pembangkang
tempatan, satu contoh terbaik ialah SNAP dalam Pilihan Raya Sarawak
baru-baru ini. Untuk rekod, sistem dua parti di Sarawak dianggap satu
kegagalan apabila bukan bumiputera berada dalam pembangkang manakala
bumiputera dalam kerajaan.
Sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya
Umum ke-13 akan datang dan membentuk kerajaan penjajahan Federalisme
ini dijangka akan berterusan. Dengan landskap politik semasa yang telah
mengalami perubahan, cadangan SAPP untuk memperkenalkan formula "Satu
Negara Dua Sistem" adalah jawapan tepat. Melihat kepada senario politik
di Malaysia dengan mengambil contoh Hong Kong yang telah dikembalikan
kepada China pada 1 Julai, 1997 dan mendapat autonomi penuh dalam semua
perkara kecuali hal ehwal luar negara dan pertahanan. Untuk rekod,
berdasarkan Perjanjian bersama Sino British (China British) (1984) dan
Undang-undang Asas, Hong Kong akan mengekalkan sistem politik, ekonomi
dan kehakiman dan akan terus mengambil bahagian dalam perjanjian
antarabangsa.
Memetik kata-kata hikmah Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul
Rahman dalam pembentukan dan kelahiran Malaysia, "Aspek penting
Malaysia Ideal, seperti yang saya lihat, ia akan membolehkan
wilayah-wilayah Borneo untuk mengubah status mereka daripada jajahan
British" kepada kerajaan sendiri" untuk diri mereka sendiri dan dalam
pada masa sama KEBEBASAN MUTLAK dalam Malaysia. Hari imperialisme telah
berlalu dan Malaya tidak berniat untuk mengekalkan atau memulihkan
imperialisme itu. Apabila wilayah Borneo menjadi sebahagian daripada
Malaysia, mereka akan terhenti menjadi tanah jajahan Malaya, Mereka
akan menjadi rakan yang SAMA TARAF, tidak ada lebih mahupun kurang
daripada negeri-negeri lain "(Straight Times, 2 Oktober, 1962). Adakah
kata-kata ini mempunyai apa-apa makna kepada kepada rakyat di negara
ini terutamanya di Sabah?
Saya ingin membuat kesimpulan mengenai persoalan awal saya sama ada
kita telah mencapai kemerdekaan atau tidak selepas 48 tahun. Saya telah
memberi senario dan menjemput dan mengalu-alukan semua ahli politik,
ahli akademik, wartawan, NGO, ahli sejarah dan rakyat Sabah untuk
menyuarakan dan berharap anda boleh menganalisanya.
(Nota: Negeri-negeri lain merujuk kepada Sabah, Sarawak, Malaya dan
Singapura)
|