Blok kedai industri ringan Putatan ditutup sebelah pintu
PUTATAN:
Landasan Keretapi baru yang beroperasi melintasi Pekan Putatan
mengundang berbagai masaalah terutamanya dari sudut keselamatan dan
kini menimbulkan masaalah para peniaga dan kesesakan lalulintas
disebabkan perancangan tidak systematik tanpa kerjasama pihak-pihak
yang berkuasa yang terlibat dalam pembangunan struktur Pekan Putatan.
Jalanraya masuk menuju blok kedai perindustrian ringan yang menjalankan
perniagaan seperti tayar, hardware, accessories dan parts kereta dan
klinik yang melintasi landasan keretapi tiba-tiba ditutup pihak Jabatan
Keretapi tanpa berbincang dengan pihak-pihak lain yang terlibat dalam
menentukan ala tuju pembangunan Pekan Putatan, kononnya bagi
mengalakkan sebarang kemalangan yang mana pernah berlaku sebelum ini.
Bagaimanapun tindakan serupa ini mengundang kemarahan dan rasa tidak
puas hati para pemilik kedai yang merasa terpinggir dan secara langsung
perniagaan mereka umpama dibuka sebelah pintu sahaja, tidak seperti
sebelum ini begitu terdedah dan mudah untuk dikunjungi pelanggan.
Setiausaha CLC. SAPP Bahagian Putatan, Encik Zainerdin Simamah rasa
terpanggil dan melihat sendiri tempat berkenaan dan usaha untuk
menyelesaikan perkara ini tidak mustahil hanya perlukan kerjasama semua
pihak seperti Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya , perlu berkunjung
ke kawasan Perniagaan tersebut bukan berdiam diri membiarkan para
peniaga menerima risiko hasil daripada perbuatan pihak tertentu yang
hanya untuk mengaut keuntungan sendiri.
Pihak kami mencadangkan agar pembagi Jalanraya / sempadan diantara
Bangunan Singer dan Grand Plaza Putatan (Lorong Grand Plaza Putatan 4)
dapat dibuka bagi membolehkan kenderaan keluar/masuk dengan mudah ke
tempat perniagaan ini tanpa berpusing balik keluar daripada tempat
mereka masuk.
Sekiranya cadangan ini tidak sesuai diharap pihak Kerajaan dapat
mencari jalan penyelesaian dengan kadar yang segera.
|