Betulkah Tawau bebas miskin tegar?
Ketua
Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengumumkan Tawau diisytiharkan
sebagai daerah pertama di Sabah yang bebas daripada belenggu kemiskinan
tegar pada 1Ogos 2010.
Akan tetapi, apa yang kami nampak berlainan dengan apa yang dinyatakan.
Semasa rombongan SAPP Tawau melawat rakan-rakan Muslimin dan Muslimat
pada Perayaan Hari Raya , kami dapati masih banyak orang Tawau yang
hidup miskin tegar.
Mereka mengeluh yang kehidupan mereka sangat susah sekarang disebabkan
tidak ada pekerjaan , harga barang naik , dan bantuan kerajaan tidak
sampai kepada mereka. Mereka bertanya apakah "e-kasih" telah menjadi "pilih-kasih" ?
Peluang mencari pekerjaan di Tawau pada masa ini memang susah . Banyak
orang Tawau telah berhijrah ke semenanjung ataupun Singapore untuk
mencari nasib yang lebih baik. Ada yang berjaya bila berada dirantau
luar tetapi banyak juga yang terkandas sehingga mereka terpaksa
melakukan jenayah disana. Berita yang buruk ini dan juga keengganan
mereka berpisah dari keluarga menyebabkan banyak ibu tunggal dan pemuda
pemudi menganggur di Tawau.
Bukan pekerjaan kasar sahaja yang susah didapati di Tawau, banyak juga
pemuda pemudi yang mempunyai diploma, ijazah tidak dapat mencari
pekerjaan di Tawau. Golongan ini merasa lebih tertekan dan susah hati
kerana mereka telah meminjam PTPTN yang perlu dibayar balik.
Apakah
kerajaan BN tidak berkemampuan merancang untuk memajukan negeri Sabah
supaya peluang pekerjaan bertambah ? Bukankah Sabah kaya dengan sumber
hasil bumi seperti minyak, gas, kelapa sawit, hasil laut, destinasi
pelancungan taraf antara bangsa, lokasi yang strategic antara 2 negara
yang mempunyai pasaran besar iaitu China dan Indonesia ? Kenapa semua
hasil dan kelebihan ini tidak diurus dengan baik oleh kerajaan supaya
orang Sabah tidak akan kekurangan peluang pekerjaan ? Bukankah orang
Sabah memberi mandat kepada kerajaan untuk mengurus harta Sabah dengan
baik untuk memajukan kehidupan mereka ?
Kerajaan patut tumpukan tenaga dan minda pada rancangan dan pelaksanaan
yang efektive bukannya sibuk dengan mengeluarkan kenyataan dan slogan
yang tidak bermakna. Orang Sabah sudah bosan mendengar berita kerajaan
telah membelanjakan billion –billion ringgit untuk projek itu ini,
tetapi orang Sabah tidak dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Photo ini menunjukkan orang miskin di Tawau masih tinggal dirumah
setinggan . Mereka begitu miskin sehingga tidak mampu membeli sebungkus
plastik minyak masak berharga RM3.00, botol kecil kicap berharga
RM3.00, sebungkus kecil serbuk sabun cuci RM3.70, satu botol Chlorox Rm
2.70, satu tin Milo RM5.00 ataupun kopi. Mereka hanya mampu membeli
barangan ini yang sudah dipek lagi tanpa jenama dalam plastik kecil
berharga 20 sen setiap bungkus . Bahan keperluan seharian juga hanya
dapat dibeli sehari demi sehari. Photo menunjukkan barangan ini dalam
bungkusan plastik berwarna warni dipaparkan dan digantung digerai itu.
Bagi orang Bandar yang tidak pernah beli barangan begini akan menyangka
bungkusan plastik tersebut mengandungi minuman bersirap.
Oleh : SAPP Tawau
|