Santapan Merdeka-Bersama Tan Sri Suffian Koroh
KOTA
KINABALU, Sep 18, 2011:: Pertemuan Tan Sri Suffian Koroh dengan Datuk
Yong Teck Lee President SAPP bersama pemimpin-pemimpin kanan parti itu
sangat dialu alukan oleh kaum Murut dari pendalaman mengikut saudara
Joseph Wilfred salah seorang pengiat NGO UBF.
Perjumpaan yang dipanggil Santapan Merdeka diadakan di Hotel Hyatt pada
16/09/2011 sempena Hari Merdeka, berlangusng kira kira satu jam
setenggah sambil makan tenggah hari dihadiri pemimpin dari masyarakat
daerah pendelaman termasuk YB Datuk Frankie Chong dari Tenom.
Angara perkara perkara yang dibincang ada mengenai isu kepimpinan
setempat dimana Sabah ketika ini sangat memerlukan pembaharuan dari
segi kepimpinan. Mengikut Tan Sri Suffian yang berasal dari kaum Murut
Pensiangan merasakan bahawa terlalu banyak perpecahan sehingga parti
parti politik kaum KDM berteburan dan rakyat ketika ini melihat bahawa
pemimpin sebenarnya bukan lagi berkhidmat untuk kepentingan rakyat
tetapi untuk keselesaan sendiri.
Beliau menasihatkan pemimpin SAPP agar meneruskan perjuangan dan
mantapkan apa yang ada sekarang ini, contohnya perbanyakan kumpulan
yang berkerlibar dan yang berpelajaran, rakyat sudah boleh menilai
kalau perjuangan kita betul, ikhlas dan jujur, kata beliau.
Hadir bersama sama Datuk Mohd Noor Mansur penasihat parti SAPP, Hj
Amdee Sidik Timbalan Presiden SAPP, dan pemimpin-pemimpin UBF Zainal
Ajamain dan Mike Govind.
|