Pemuda SAPP Tenom sokong pemansuhan ISA
Oleh:
Mail Mathew
TENOM, Sep 25, 2011: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah
(SAPP) CLC Melalap Roger Stimin menyifatkan tindakan kerajaan
memansuhkan Internal Security Act (ISA) ianya bukan sesuatu yang
menakjubkan semua pihak tetapi ianya sudah dinanti-nantikan oleh
segenap lapisan rakyat dinegara ini yang mahukan akta itu dimansuhkan.
Katanya, pengumuman Perdana Menteri baru baru ini amat melegakan banyak
pihak kerana akta itu (ISA) sudah tidak relevan lagi di dalam situasi
Negara ketika ini yang berada dalam keadaan aman dan harmoni.
"Sesungguhnya pengumuman Perdana Menteri itu ianya dilakukan
berdasarkan kehendak suara rakyat yang majoritinya mahukan ISA
dimansuhkan…bukan ia dilakukan secara solo atau berseorangan," kata
beliau dihadapan kira kira 200 orang dalam satu perjumpaan ahli ahli
SAPP di Kg Sawang kira kira 15 km dari pekan dekat sini pada Sabtu lepas.
"Saya sendiri tidak mengetahui sejarah ancaman Komunis ini berlaku
dinegara kita termasuk penggunaan ISA namun semuanya berlaku sebelum
kelahiran saya. Bagaimana pun peristiwa hitam itu saya mengetahuinya
menerusi buku buku sejarah dan juga mendapat cerita daripada orang
orang lama khususnya bekas bekas Polis yang mengetahui peristiwa itu,"
tegas beliau.
Tegasnya lagi, dalam keadaan Negara yang menghadapi ancaman getir
daripada komunis pada ketika itu sudah pastilah penggunaan ISA amat
relevan kerana selain memerangi pengganas Komunis, usaha membanteras
para survesif pro-komunis yang bergerak menyusup diakar umbi menyebar
dakyah pengaruh Komunis juga perlu dibanteras dimana mereka yang
terlibat terus ditahan dibawah ISA.
Beliau menambah bahawa, malangnya apabila tugas memerangi Komunis telah
tamat selepas mereka (Komunis) meletakkan senjata dan berdamai dengan
kerajaan sekitar tahun 1989 namun penggunaa ISA masih berterusan yang
menjadi kekesalan rakyat.
Roger yang juga merupakan seorang Peguam menegaskan, ISA tidak boleh
digunakan untuk menahan seseorang yang melakukan kesalahan jenayah
termasuklah pemalsuan kerakyatan atau pemalsuan Kad pengenalan
sebaliknya mereka itu harus dibicarakan di Mahkamah terbuka mengikut
Undang Undang Jenayah.
Dalam pada itu, Roger turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa
sekiranya kerajaan yang memerintah gagal menangani masalah rakyat
terutamanya masalah tanah termasuk tanah adat (NCR) maka rakyat
mempunyai hak untuk menukar kerajaan secara demokrasi menerusi
pilihanraya umum akan datang.
"Rakyat mempunyai hak membuat keputusan sama ada mahu memilih semula
wakil wakil rakyat yang gagal menjalankan tugas dan tanggung jawabnya
di kawasan itu atau tidak. Itu adalah hak rakyat, dimana rakyat
merupakan penentu mutlak siapa pemimpin dan siapa kerajaan yang mereka
harus pilih," tegas Roger.
|