Bloger Facebook Pemuda SAPP berhimpun
KOTA
KINABALU, Okt 3, 2011: Group facebook Pemuda SAPP Sabah menganjurkan
potluck dan BBQ di Tg. Lipat, Likas pada hari Ahad dan dihadiri oleh 60
ahlinya. Pertemuan julung kalinya ini adalah salah satu aktiviti riadah
yang sehat dan memberikan ruang kepada bloger untuk berkenalan di
antara satu sama lain selain mengeratkan lagi ikatan keakhraban di luar
dunia siber. Kelibat kumpulan berbaju kuning di Tg. Lipat, Likas telah
menarik perhatian pengunjung-pengunjung yang beriadah di sana.
Jamain Sarudin, Naib Ketua Pemuda SAPP selaku penganjur berkata, bloger
amat penting dalam mempromosikan kegiatan dan komen isu-isu semasa.
Sebilangan besar bloger adalah bukan ahli parti tetapi menjadi
penyokong perjuangan SAPP kearah penubuhan sebuah pentadbiran kerajaan
ber ’autonomi’ yang lebih transperan dan berjiwa rakyat.
Bloger muda khususnya yang lebih cenderung menyokong parti tempatan
SAPP sering mengutarakan isu yang berkualiti dan tidak hanya
berpandukan pada isu di akhbar dan laman web sebaliknya membongkar isu
baharu yang releven dengan kehidupan setempat mereka. Reformasi tanah,
PTI, kabotaj, kenaikan harga barangan keperluan harian, ketidak
seimbangan ekonomi dan perjuangan mempertahankan 20 perkara masih
menjadi topik yang sangat popular di mana-mana group facebook.
Kepedulian yang tinggi di kalangan mereka ini tidak seharusnya dinilai
sebagai penentang kerajaan sebaliknya harus difahami dan dihormati
kerana bloger mewakili 20% - 30% suara rakyat.
Beliau juga meminta agar bloger lebih berhemah dan menggunakan ayat
yang tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama kerana ianya sindrom
yang sangat merbahaya kepada keharmonian masyarakat majmuk.
Bagaimanapun jika anak-anak Sabah mempunyai naluri “kenegerian” itu
menjadi petanda bahawa mereka sedar peluang-peluang bagi mereka semakin
mengecil di negeri sendiri dan bangkit mempertahankannya.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Edward Dagul, Ketua Pemuda SAPP
dan Exco Pemuda.
|