Ketua Kampung dipecat kerana isu empangan
Mantan
Ketua Kampung Tambatuon Kota Belud En. Singkui Bin Tinggi pada tarikh
26.09.2011, telah membuat ulasan mengenai kenyataan Datuk Herbert
Timbun Lagadan di dalam Daily Express pada 14.07.2011 mengenai
pembinaan empangan di Kg. Tambatuon yang mampu menjana RM500,000.00
setahun kepada penduduk kampung tersebut. Ulasan yang kedua ialah
diberi peluang melawat ke penempatan empangan di Kedah.
Pada tarikh 11.09.2011, jam 2.00 petang kami telah mengadakan mesyuarat
tergempar di Mini Dewan Kg. Tambatuon dan kira-kira 140 orang
perwakilan termasuk Badan Bertindak Pengurus Jehim Singkui, WKN Sayhui
Sumbin, KK Yamin Goling, PJKK Sindih Giong turut hadir bagi menyuarakan
pendapat masing-masing.
Keputusan kedua-dua cadangan Kerajaan yang memberi wang dana empangan
sebanyak RM500,000.00 setahun dan melawat ke kedah, adalah sebulat
suara masyarakat Kg. Tambatuon tidak menerima dan menolak sama sekali
cadangan Kerajaan tersebut. Ini kerana apabila Badan Bertindak menilai
dan membahagi wang dana tersebut kepada 898 orang dan setiap seorang
hanya mendapat RM42.00 sebulan.
Adakah wang yang sedikit ini (RM42.00) dapat menampung keperluan hidup
sekeluarga selama sebulan, sedangkan pendapatan masyarakat kampung pada
masa ini tidak kurang di bawah RM5,000.00 atau ada yang dibawah
RM10,000.00 sebulan daripada hasil getah dan padi sawah serta bukit.
Tanah pekebun getah semuanya dibawah 10 ekar dan kebanyakkannya lebih
dari 20 ekar, 15 ekar dan lain-lain buah-buahan serta tanaman
sayur-sayuran, dan sampai sekarang semuanya rancak bergerak menambah
keluasan tanaman getah serta lain-lain usahawan.
Kedua-dua cadangan Kerajaan seperti tawaran meletak penempatan empangan
Kedah, kami sangat meminta maaf kepada Kerajaan terutama kepada Datuk
Herbert Timbun Lagadan ADUN N.7 Kadamaian dan YB Datuk Rahman Bin Hj.
Dahlan, Wakil Parlimen Kota Belud. Ini kerana kami tidak mahu tawar
menawar atau seperti menjual dan membeli kampung kami. Semua tawaran
Kerajaan secara langsung tidak boleh diterima.
Saya menegaskan kepada kedua-dua Wakil ADUN dan Wakil Parlimen, pada
pilihanraya yang lalu, Kami memberi kemenangan mereka supaya dengan
tujuan agar mereka memajukan Ekonomi kami dan bukannya mengancam kami
atau menyusahkan kami dan mahu kami meninggalkan kampung kami serta
harta kami sekaligus menghapuskan Kampung Tambatuon. Kami adalah
Manusia biasa dan kami juga orang tempatan, orang asli tulin dan rakyat
Malaysia yang perlu dihormati dan dipelihara oleh Kerajaan seperti
kemajuan kampung lain.
Kami mohon YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman agar
memberi pertolongan serta membatalkan rancangan pembinaan empangan
tersebut, dan juga YB Datuk Herbert Timbun Lagadan ADUN N.7 Kadamaian
agar berfikir semula dan berpihak kepada kami.
Badan Bertindak seramai 10 orang telahpun menghantar surat memorandum
kepada Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Joseph Pairin
Kitingan agar menjawab surat pembatalan pembinaan empangan tersebut
sehingga masyarakat Kampung Tambatuon bebas daripada delima pembinaan
empangan tersebut.
Sekian, terima kasih.
SINGKUI TINGGI
|