Pemuda SAPP selamatkan surau dari roboh
BONGAWAN,
Okt 5, 2011: Program amal Parti Maju Sabah melalui sayap Pemudanya
bersama pemimpin setempat terus diadakan.
Kali ini Pemuda SAPP telah
berkesempatan membantu penduduk kampung membaiki keadaan surau Kg. Jawa,
Ulu Papar di dalam kawasan DUN N.23 Bongawan yang condong akibat
struktur tanah yang lemah selain faktor usia surau tersebut.
Tindakan
segera Pemuda ini telah menyelamatkan surau kampung tersebut daripada
tumbang menyembah bumi.
Jamain Sarudin, Setiausaha Penganjur Pusat yang juga Naib Ketua Pemuda
Kebangsaan berkata Pergerakan Pemuda telah menerima aduan penduduk
kampung 2 minggu lalu, dan meminta kerjasama PZM kawasan berkenaan
untuk memantau dan mengkaji keperluan surau bagi memudahkan khidmat
bantuan dilaksanakan.
Bagaimanapun setelah mendengar laporan penduduk
beliau amat terkejut apabila dimaklumkan telah membuat permohonan
kepada wakil rakyat berkenaan lebih 2 tahun lalu tetapi sehingga
sekarang belum diambil perhatian. Menurutnya lagi Pemuda mengambil
pendekatan "Dengar, Lihat dan Selesai" melalui program tersebut.
Pak
Dollah mantan Ketua kampung berkenaan berkata permohonan yang dibuat
sudah basi dan tiada tindakan serta lawatan dilakukan oleh wakil rakyat
mahupun pegawai-pegawainya.
Oleh itu, beliau telah meminta bantuan
daripada Pergerakan Pemuda SAPP.
Menurut Dollah lagi keadaan
membimbangkan surau tersebut akan runtuh bertambah serius semasa
mengerjakan ibadah tarawih pada bulan ramadhan tahun ini.
Bagaimanapun
disebabkan tiada alternatif lain setelah permohonan mereka terus
dipandang sepi oleh wakil rakyat, maka mereka terpaksa menggunakan juga
surau tersebut. Setiap kali mengerjakan solat mereka redha meskipun
seperti telur dihujung tanduk.
Jamain yang kesal dengan keadaan itu berkata adalah sepatutnya wakiil
rakyat yang mempunyai kakitangan yang ramai telah membuat pemantauan
dan membantu segera penduduk kampung tersebut.
Beliau bersama dengan
Naib Presiden SAPP En. Jaafar Hj Ismail dan Naib Pengerusi CLC Bongawan
En. Jamil William Corie serta beberapa AJK CLC telah bersama-sama
bergotong royong bersama penduduk dan pemuda setempat.
En. Jamil telah
mendermakan simen dan batu pasir bagi membolehkan tiang surau itu
diperkuatkan. Sementara Jaafar mendermakan kayu untuk mengganti tiang
yang reput.
Usaha Pemuda SAPP dan pemimpin setempat ini kemudiannya diraikan di
dalam majlis jamuan cara kampung. Menurut Jamain lagi program gotong
royong ini sebenarnya dapat memupuk perhubungan dan jalinan baik
diantara pemimpin dan penduduk setempat.
|