Pemuda SAPP Melalap ziarah pesakit tenat
MELALAP,
Okt 5, 2011: SEORANG kakitangan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS)
Singkun bin Singkiu 51, yang bergelut dengan keuzuran kerana menghidap
penyakit kronik yang melibatkan paru paru sejak tahun lalu (2010)
merasa lega apabila dilawati Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP)
dekat sini pada Sabtu.
Rombongan tersebut diketuai Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat
Rudy Sulaiman Mairi dimana sumbangan tersebut diserahkan oleh Roger
Stimin bagi pihak parti itu yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda SAPP
Melalap dalam satu majlis ringkas di rumah kediaman Singkun.
Singkun yang dalam keadaan tercungap cungap mampu berkata, "Saya
bersyukur dan berterima kasih diatas lawatan kamu…saya tidak berdaya
lagi, sekadar menyerahkan nasib ini kepada takdir dan ketentuan Tuhan
yang maha kuasa," tegasnya.
Dalam pada itu, Roger menasihati Singkun dan keluarganya agar tidak
berputus asa sebaliknya beliau harus tabah menghadapinya kerana segala
galanya adalah ketentuan Tuhan yang Mahakuasa.
Apa yang penting jelas Roger, rawatan demi rawatan yang diberikan oleh
pihak hospital termasuk nasihat doktor yang merawatnya harus dipatuhi
dari masa ke semasa sehingga sembuh sepenuhnya.
Dalam pada itu, Rudy yang ada bersama dalam rombongan itu menjelaskan
bahawa lawatan mereka di situ merupakan suatu aktiviti kemasyarakatan
Pemuda SAPP yang prihatin dengan masalah yang dihadapi Singkun yang
terpaksa dibantu untuk bergerak kemana mana dalan ruang tamu di rumahnya.
"Sebelum ini pun kita sudah bergerak ke pelusuk kampung mengadakan
aktiviti kerja amal dan kebajikan seperti gotong royong membantu
membina empangan, mengecat rumah wargaemas…cuma aktiviti kami kurang
diketahui umum kerana tidak mendapat liputan yang meluas jika
dibandingkan dengan aktiviti BN," tegasnya.
"Kami bernasib baik ada portal terkenal seperti Sabahkini.net, portal
SAPP, WikiSabah dan JendelaSabah yang senantiasa menerima artikel kami.
Kalau dalam akhbar pun hanya Daily Ekspress dan utusan Borneo
menyiarkan tetapi tidaklah begitu kerap," tambahnya.
Oleh: Thamppareq Kitoes
|