Bantahan projek agropolitan Kg Bongoliu, Bubuk
KOTA BELUD, TEMPASUK: Masyarakat Kg Bungoliu dan Kg Bubuk sebulat suara
membantah hasrat agensi Kerajaan NEGERI SEDIA, agar tidak menuruskan
hasrat agensi tersebut untuk mengusaha kawasan sebanyak 2000 ekar yang
mana telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembangunan AGROPOLITAN
penanaman getah berkelompok kawasan Tempasuk sekiranya penduduk kampung
dinafikan hak pemilikan adat pribumi di kawasan tersebut.
Dalam sesisi Dailog masyarakat kampung tersebut pada 7hb Oktober 2011 yang
diadakan di balairaya Kg Bonguliu , syarikat dan juga wakil syarikat
jurukur sewasta yang dilantik oleh agensi kerajaan SEDIA kedudukan hasrat
agensi kerajaan dibawah Kementerian Pembanguanan Luar Bandar untuk
meneruskan program AGROPOLITAN Penanaman Getah masyarakat Kampung
membantah kerana tidak memahami keadaan dan perancangan kerajaan
sebenarnya dan hasrat meneruskan kerja-kerja pnenyukat kawasan kawasan
tersebut ,telah menamui jalan buntu dalam penyelasian penyukatan kawasan
yang di luluskan oleh kerajaan BN.
Dalam seisi soal jawab, penduduk kampung memohon penjalasan dari pihak
kerajaan apa kah penduduk kampung kawasan tersebut di libatkan untuk
menikmati kemudahan yang telah dirancang oleh kerajaan?, dan apa kah tanah
yang di ukur di kawasan tersebut kemudian akan di bahagi-bahagi kan kepada
masyarakat kampung yang terlibat?
Pihak wakil SEDIA menarangkan bahawa tanah-tanah yang sudah di sukat
kemudian akan dibahagikan terutama sekali mereka yang berdaftar dengan E-KASIH
dan juga yang berdaftar sebagai peserta, persoalannya ialah apakah 2000
ekar yang bakal dimajukan itu akan diagihkan kepada penduduk kampung yang
terlibat atau tidak?, jawapan dari pada wakil Agensi SEDIA En Yusri HJ
A.Rahman, tidak memuaskan masyarakat kampung kerana dia sendiri tidak
pasti kedudukan status tanah sebenarnya. Dan penduduk kampung Kuatir
peneroka yang bakal menjadi peneroka bukannya berasal dari kampung
tersebut.
Pihak SAPP Kota Belud mengesa Kerajaan Negeri terutamanya Agensi kerajaan
seperti SEDIA sepatutnya menghantar wakil yang arif tentang program
kerajaan untuk memajukan masyarakat kampung dan bukan hanya mendesak
masyarakat kampung mempersetujui projek yang tidak difahami oleh
masyarakat kampung.
Tinjauan SAPP pendangan dan kehendak masyarakat yang terlibat ialah
bukannya menolak pembanguanan tetapi hendaklah pembangunan yang dibuat itu
tidak merampas hak NCR penduduk kampung tersebut, kerana mengikut
pengakuan penarangan Jurukur yang dilantik bahawa penama pemilik tanah
yang bekal diukur adalah atas nama KEMENTERIAN LUAR BANDAR, sudah tentunya
rata-rata masyarakat kampung bungoliu dan Kampung Bubuk tidak bersetuju
dengan polisi serta cadangan kerajaan mengubah kedudukan pemilikan tanah
tersebut. Dan harapan masyarakt yang rata-rata adalah dari suku kaum
Kadazandusun merayu dari pada kerajaan Negeri dan Wakil rakyat N6 tempasuk
agar perancangan pembangunan AGROPOLITAN di kampung tersebut hendak lah
rakyat dikawasan itu diberi keutamaan menjadi pemilik tanah tersebut
kerana penduduk semakin hari semakin bertambah dan sudah tentunya
permintaan pemilikan tanah Negeri adalah amat tinggi.
SAPP Kota belud memberi sokongan penuh hasrat penduduk untuk menerima
pembangunan di kawasan Tempasuk dan berharap agar pihak berwajib memberi
jaminan agar kawasan yang bakal di sukat dan di majukan dapat di jadikan
kawasan kolompok penanaman getah dan juga masyarakat kampung yang terlibat
dan kawasan tanah yang belum di keluarkan gran di kawasan tanah yang sudah
di sukat handak lah kerajaan BN melulus dan mengeluarkan Gran dengan
seberapa segera agar gran tanah tersebut dimiliki oleh penduduk kampung
yang terlibat, dan penduduk kampung yang terlibat sebulat suara menolak
hasrat kerajaan mengujudkan gran berbentuk GRAN COMUNAL LAND, yang mana
agensi kerajaan SEDIA menjadi pengusaha sehingga tempoh gatah menjadi
matang dan ada juga kerisauan penduduk kampung di kawasan tersebut bahawa
terdapat ura-uara bahawa agensi kerajaan ini akan menjadi hak penjagaan
tanah tersebut selama 30 tahun.
Oleh Jack Giau, Ketua Penerangan SAPP Zon Utara Tengah
|