Pajakan tanah 999 tahun boleh dilulus oleh kerajaan
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri boleh meluluskan pajakan tanah untuk tempoh
999 tahun sekiranya geran induk asal tanah- mempunyai tempoh pemegangan
999 tahun tanpa perlu mengubah sebarang undang-undang.
Timbalan Presiden Parti Maju Sabah(SAPP) Datuk Liew Teck Chan ,berkata,
ini pernah dilakukan sebelum ini jadi tidak perlulah dilengah-lengahkan "kerana
ia hanya soal sama ada kerajaan mahu mengurniakan tempoh pemegangan 999
itu ataupun tidak."
Liew, yang juga Adun Likas merujuk kepada pemintaan Persatuan Pemaju
Perumahan dan hartanah Sabah (Shareda) supaya
Kerajaan negeri mengembalikan pajak tanah untuk geran country lease dan
town lease selepas subbahagi kepada tempoh pemegang asal 999 tahun.
Liew berkata, Ketua Menteri dilaporkan berkata, Kabinet perlu
membincangkan perkara itu terlebih dahulu kerana tempoh pajakan 999 itu
melibatkan soal perundangan.
"Malah di kawasan saya Likas, Taman Seputeh dengan 230 unit rumah
diberikan geran tanah dengan tempoh pajakan 999 tahun oleh Ketua Menteri
ketika itu, Datuk Yong Teck Lee pada 1997.
"Premium yang dicaj bagi setiap rumah ialah RM1,000 dan sewa tahunan RM90.
Kadar munasabah ini telah memungkinkan pemilik rumah memiliki rumah
setelah projek terbengkalai itu dihidupkan semula oleh kerajaan Negeri
ketika itu," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin lepas.
"Apa , yang membimbangkan sejak kebelakangan ini adalah pemilik tanah
dengan tempoh pajakan 999 tahun dinafikan hak mereka apabila tempoh
pajakan tanah mereka dipendekkan kepada hanya 99 tahun selepas tanah
mereka disubbahagi."
Katanya, perbuatan memendekkan tempoh asal 999 kepada 99 tahun adalah
tidak adil.
"Penduduk menjadi semakin bimbang apabila mereka melihat rumah kedai
Kelombong yang telah beberapa tahun menungu pembaharuan geran tanah mereka
yang akan tamat tempoh tidak lama lagi.
"Rayuan untuk pelanjutan tempoh dikemukakan pada 2008 kepada Ketua Menteri
oleh Datuk Sari Tan dengan liputan berita yang cukup besar. Tetapi sehinga
sekarang, tidak ada sebarang berita tentang permohonan itu, termasuklah
tempoh pajakan 99 tahun," katanya.
Liew berkata, tampa pelanjutan kepada tempoh pajakan tanah itu kedai-kedai
mereka akan menjadi tidak bernilai, bank-bank tidak akan mahu meminjamkan
wang untuk pengubahsuaian dan syarikat insurans engan memberi jaminan
kepada hatanah tersebut.
"Begitu juga pemilik kedai, takut untuk membaiki rumah kedai mereka kerana
kerajaan mungkin secara tiba-tiba menjadi pemilik baharu kedai tersebut
sebaik sahaja tempoh pajakan tanah itu tamat.
"Kelmarin, beberapa pemilik tanah di Kmpung Sembulan Laut memprotes
keengganan kerajaan memperbaharui tempoh pajakan tanah mereka yang akan
tamat dalam masa tujuh hingga 20 tahun lagi.
"Dengan begitu banyak kejadian perebutan tanah berlaku di seluruh Sabah,
di mana anak negeri dihalau dari tanah adat mereka, maka adalah jelas
penduduk merasa bimbang yang mereka akan kehilangan rumah dan hartanah
mereka pada masa akan datang.
"Kita khuatir apabila Ketua Menteri berkata yang Kabinetnya akan meneliti
isu tersebut.
"Ini kerana Kabinet ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk
meneliti isu demi isu tampa sebarang keputusan seperti definisi anak
negeri, program pembasmian kemiskinan dan Bomeonisa perkhidmatan awam,"
katanya.
Harian Ekspres
|