Jangan kita diperbodohkan lagi, UMNO dan PKR itu adalah serupa
Rakyat
Sabah jangan terlalu mengagungkan pemimpin asing yang sedang menikmati
kekayaan di Negeri sendiri. Kita harus meneruskan perjuangan Tun Fuad
Donald Stephen selepas pertikaian isu minyak yang dilihat perkara itu
sebagai melanggar pembentukan Malaysia dan menjajah ekonomi Sabah.
Apa yang kita dapat lihat pembangunan hari ini, hanyalah satu wayang
kepada kerajaan pusat dan ini melambangkan bahawa rakyat sabah hanyalah
anak patung yang tidak bersuara dan seekor binatang yang hanya menurut
perintah mereka sahaja. Cukuplah kita ditindas dari semua arus
pembangunan perdana yang dilakukan oleh parti BN/UMNO
Jauhkanlah fikiran dan perasaan didalam hati dan diminda kita yang kita
tidak boleh memimpin rakyat sendiri. Apa yang telah berlaku ketika era
pemerintahan PBS sebelum ini, jadikanlah itu sebagai satu pengalaman dan
iktibar terus maju dan bukannya menjadikannya sebagai sempadan untuk kita
menolak terus kepimpinan orang kita dan berputus asa.
Dulu dan sekarang tidak serupa, hari ini pemimpin kita sudah berwajah emas
dan berhati rakyat. Andai kita lelai hari ini,kehidupan anak generasi kita
akan datang akan mengutuk dan menyumpah mayat kita dalam kubur walaupun
kita sudah menjadi tanah.
Tidak ada bezanya PKR(PR) atau BN (UMNO), kedua-dua badan politik ini
adalah serupa dan wawasan mereka hanyalah untuk mengorek lombong minyak di
sabah dan mengambil tanah-tanah kita di Sabah sebagai pelaburan mereka dan
kita hanya menjadi sebagai sampah masyarakat di negeri sendiri.
Bayangkan, betapa sukarnya kita apabila segala urusan penting sama ada
kecil mahupun yang besar semuanya dirujuk kepada Kuala Lumpur, seakan-akan
di Negeri kita ini tidak ada pemimpin yang boleh membuat keputusan ke atas
semua keperluan rakyat kita di Sabah. Erti kata, orang kita yang bergelar
"TAN SRI, SERI,YAB,YB, DATUK,DATO" (TYT) dan Pengarah hanya sebagai "TALI
BARUT" Kerajaan Pusat tanpa ada kuasa dan tidak berkepentingan kepada
semua dasar-dasar pentadbiran dalam Negeri Sabah, ini sangat menyedihkan
kita.
Janganlah kita dipengaruhi kata-kata PR/BN daripada semenanjung yang
memperbodohkan pemimpin kita dan meracuni otak kita sendiri kononnya kita
tidak boleh hidup tanpa bantuan Kuala Lumpur. Saya penuh yakin bahawa
Parti SAPP hari ini sudah bersedia untuk berjuang demi ekonomi rakyat
Sabah dan pembangunan yang mampan. Tugas kita hari ini adalah memenangkan
parti ini dan lihat kemampuannya untuk tempoh 10 tahun.
Oleh itu, hidupkanlah minda kita, janganlah kita mati akal dan menjadi
pengkhianat bangsa sendiri dan tamaki untuk mendapatkan gelaran YB, kejar
projek dan untung sendiri, tetapi anak bangsa sendiri tergadai dan hidup
merimpat di kaki lima dan mengemis daripada Kuala Lumpur.
Apakah kita terus jadi jolokan sebagai "AYAM TAMAHA" KERBAU dan BONEKA
oleh Tanah Malaya? Tanyalah diri kita sendiri pada hari ini.
Sungguh malang dan sedihnya KDM dan Orang Bajau hari ini, kerana
kehilangan pemimpin yang diharapkan untuk membebaskan mereka daripada
jajahan Tanah Malaya kerana mengajar pangkat, projek dan wang poket sahaja,
sedangkan rakyat sendiri kelemasan dalam lautan.
SIAPAKAH PEJUANG SABAH YANG SEBENARNYA ... SUDAH TENTU "DATUK YONG TECK
LEE (SAPP). Rakyat Sabah harus memberikan sokongan yang tidak berbelah
bagi kepada "DATUK YONG TECK LEE, DAN SAPP untuk kelangsungan pembangunan
ekonomi kita.
Maslan Bin Maginda
Aktivis Masyarakat
|