Jambatan gantung dalam keadaan bahaya
KADAMAIAN:
Pengerusi CLC N7 Kadamaian Puan Agnes Liewpin melawat jambatan gantung Kg.
Bundu Paka yang menujui ke sawah padi, kebun getah penduduk kampung dan
juga pusat pelancongan Kilombun semasa mengadakan perjumpaan kecil-kecilan
bersama ahli-ahli cawangan SAPP Bundu Paka pada 23 Oktober 2011.
Puan Agnes Liewpin diiringi oleh Ketua Cawangan Encik Bahingki Pandiling
dimaklumkan bahawa jambatan gantung tersebut telah berada dalam keadaan
yang bahaya sejak 2 tahun yang lalu.
Mengikut penjelasan daripada Ketua
Kampung Encik Singan, pihaknya telah membuat permohonan untuk membaiki
jambatan gantung tersebut dengan semua pihak berkenaan Daerah Kota Belud
tetapi sehingga masa kini, tidak ada apa apa pembangunan untuk jambatan
ini.
"Jambatan
gantung ini sangat penting untuk penduduk-penduduk kampung yang
menggunakannya setiap hari ke seberang sungai untuk mengusahakan
tanah-tanah mereka di situ, hasil usaha mereka daripada tanah di seberang
sungai ialah padi dan getah, tambahan pula Pusat Pelancongan Kilombun yang
diseberang sungai juga merupakan suatu tarikan pelancong terutama sekali "orang
putih" daripada luar negara untuk bermain water rafting di situ. Pada 5hb
November ini, suatu acara Larian Tahan Lasak sedunia akan diadakan di Kg
Lobong2, dan akan menggunakan jambatan ini untuk menujui Pusat Pelancongan
Kilombun.
Kita di Kg Bundu Paka ini merasa syukur juga kerana tidak ada apa apa
kemalangan berlaku setakat ini, memandangkan Jambatan gantung ini memang
tidak selamat di gunakan." Kata Ketua Kampung itu.
Puan Agnes merasa kesal dan dukacita sekali keadaan kehidupan orang orang
kampung dan menyoal Wakil Rakyat Kadamaian dan kerajaan BN, jika pihak
kerajaan boleh meluluskan peruntukan RM450juta untuk pembinaan empangan di
Kg. Tambatuon, kenapa pula jambatan gantung ini salah suatu kemudahan asas
rakyat ini tidak dapat di lihat oleh pihak berkenaan di daerah Kota Belud?
Oleh Agnes Liewpin
|