Masyarakat Murut perlu terus sokong
Parti Maju Sabah (SAPP)
TENOM,
Nov 1: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah mempertikaikan
motif disebalik penubuhan Persatuan KDM Malaysia yang diasaskan Datuk John
Ambrose Ketua UMNO Penampang, dikhuatiri ianya akan mengwujudkan seribu
delema dikalangan masyarakat KDM dinegeri ini kerana pastinya ada diantara
ahli atau pemimpin dalam persatuan itu sudah menjadi ahli persatuan yang
telah wujud sebelum ini mengikut kesukuan dan etnik masing masing.
Katanya, adalah kerana, disebalik niat serta ketelusan penubuhan itu
menimbulkan kesangsian beberapa pihak khususnya masyarakat KDM bahawa
ianya dilihat seolah olah fungsinya lebih condong kepada urusan kepartian
terutamanya dipihak UMNO.
"Kita bukan menghalang sesiapa juga menubuhkan sesebuah persatuan kerana
ianya dibolehkan mengikut Perlembagaan Negara namun ia perlu mengelakkan
berlakunya pertindihan kerana seperti yang kita sedia maklum persatuan
yang berkonsepkan KDM sudah berlambak banyaknya tetapi matlamatnya adalah
sama," kata beliau dalam satu kenyataan disini pada Selasa.
Jimmy yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah
berkata demikian sebagai mengulas kemunculan satu lagi persatuan
berasaskan KDM iaitu Persatuan KDM Malaysia, seakan akan wujud satu
persaingan sesama sendiri dimana sindrom sebegini jika tidak dibendung
akan wujud pula perebutan ahli sehingga keadaan menjadi kucar kacir.
Jimmy berkata, seperkara lagi yang paling menghiris perasaan persatuan
lain apabila kenyataan Presiden Persatuan KDM Malaysia Datuk John Ambrose
yang menyatakan bahawa persatuannya itu akan membantu masyarakat KDM
dikawasan luar Bandar untuk mendapatkan bantuan PPRT demi membantu
kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13 akan datang ini.
"Sekiranya Persatuan KDM Malaysia dibolehkan oleh kerajaan berbuat
sedemikian, mengapa pula tidak kepada persatuan persatuan lain yang sudah
sedia wujud dinegeri ini seperti USDA, KDCA, PMS, yang mempunyai persamaan
fungsi kepada persatuan yang baru ditubuhkan itu," tegas Jimmy sambil itu
menegaskan adalah lebih baik Persatuan KDM Malaysia didaftarkan sahaja
sebagai sebuah Parti Politik.
Dalam pada itu, Jimmy pasti tidak ada masyarakat suku Murut yang mengikut
jejak langkah yang diambil oleh Presiden PMS Datuk Rubin Balang yang kini
menjadi Timbalan Presiden Persatuan KDM Malaysia kerana perjuangan PMS
perlu diteruskan untuk mencapai objektifnya.
"Kita perlu menghormati sokongan padu masyarakat Murut merangkumi lapan
etnik didalamnya yang dianggarkan kira kira ratusan ribu, sebaliknya kita
tidak boleh kecewakan mereka kerana PMS masih relevan untuk meneruskan
perjuangan yang belum selesai," tegasnya.
Oleh: Mail Mathew
|