Ramai sertai perjuangan SAPP Lumadan
Sabtu:
7/11/2011 BEAUFORT- Parti Maju Sabah (SAPP) CLC N.27 Lumadan menerima
penyertaan 2 buah Cawangan baru yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO di
satu majlis kenduri bersama penduduk Kampung Bangkalalak 63KM dari Pekan
Beaufort.
Mengetuai penyertaan tersebut ialah Sumat Bin Tassan yang mengumumkan
keluar dari UMNO dan menyertai SAPP sementara sebuah cawangan lagi
diketuai oleh En. Mail Duraman. Turut menyertai SAPP pada harti tersebut
ialah Mantan Calon PBS Lumadan dan mantan AJK Bahagian UMNO P.178 Sipitang
Tn. Hj. Yusop Judin yang melahirkan rasa kecewa dengan kepimpinan UMNO
pada hari ini. Beliau yang berucap mewakili En. Sumat dan En. Mail berkata,
sudah tiba masa rakyat di Lumadan membuat perubahan dan menyokong parti
tempatan SAPP.
Menurutnya lagi, selama bertahun-tahun UMNO memeggang tampuk kerajaan,
keadaan hidup masyarakat semakin sukar dan banyak ketinggalan dari segi
pembangunan. “Tidak perlu lagi berdolak-dalik, dan sokonglah parti
tempatan yang lebih jelas perjuangannya untuk membimbing rakyat kearah
kemajuan tanpa prejudis” menurut beliau.
Sementara
itu, En Jamain Sarudin Pengerusi CLC N.27 Lumadan melahirkan rasa terharu
kerana baru sahaja dilantik mengetuai CLC tersebut dan menerima tugas
berat tetapi sudah mendapat tenaga baru dari orang-orang yang
berpengalaman seperti Hj. Yusop Judin serta Hj Said Masi. Katanya,
gabungan pemimpin muda seperti Saudara Sumat dan pemimpin sedia ada dengan
orang berpengalaman sudah tentu menjadikan pasukan Lumadan akan bertambah
kekuatannya. Beliau seterusnya berkata beberapa cawangan lain akan
ditubuhkan dalam masa terdekat dibeberapan Daerah Mengundi lagi.
Majlis kenduri tersebut telah mendapat tentangan daripada UMNO apabila
satu majlis penyampaian KWAMP yang dijadualkan pada 16/11/2011 telah
dipercepatkan bagi menghalang perjumpaan yang dilakukan oleh SAPP. Tn. Hj.
Yusop Judin menggambarkan UMNO dan wakil rakyatnya takut kepada baying-bayang.
Datuk Yong Teck Lee Presiden SAPP berkata, perubahan perlu dilakukan,
kerana kerajaan yang ada sekarang ini masih dibuai mimpi dan tidak
mengendahkan kebajikan rakyat. Kegagalan pemimpin UMNO menangani isu-isu
dan kehendak rakyat amat jelas dan pada masa sekarang mereka hanya pandai
mengumumkan peruntukan berjuta dan berbillion ringgit untuk mengindahkan
ucapan sahaja, tetapi hakikatnya umum mengetahui kerajaan yang ada
sekarang bakal “bankrupt” kerana perancangan kewangan yang tidak menentu
seperti yang diucapkan sendiri oleh Idris Jala.
Turut berucap dimajlis tersebut ialah Datuk Hj Mohd Noor Mansoor,
Penasihat SAPP yang mempunyai kenangan di Bangkalalak kerana pernah
merasmikan Masjid Bangkalalak suatu ketika dahulu semasa menjadi Menteri
Kewangan. Hj Amdee Sidek, Timbalan Presiden dan Jaafar Hj ismail Naib
Presiden, Thomas Chong Pengerusi CLC Membakut dan C.K. Yong Ahli Majlis
Tertinggi daripada Tawau dan En. Kamis Daming Naib Pengerusi Sindumin
turut hadir.
|