Maklumat baru punyai
merit untuk disiasat, kata Sipaun
KOTA KINABALU, Nov 24, 2011: Mahkamah Tinggi di sini mendengar pendedahan oleh
Tengku Razaleigh Hamzah bahawa jemputan saat akhir Datuk Harris Salleh kepadanya
untuk meninggalkan pesawat itu menyelamatkan nyawanya, mempunyai merit untuk
disiasat.
Tan Sri Simon Sipaun, 73, bekas Setiausaha Negeri mencadangkan demikian kepada
mahkamah apabila beliau memberi keterangan di hadapan Hakim Dato' Abdul Rahman
Sebli.
Sipaun turut berkata berdasarkan kepada fakta baru itu, beliau merasakan
siasatan semula akan membantu menentukan kebenaran di sebalik tragedi yang
mengorbankan Tun Fuad Stephens dan lain-lain yang menaiki pesawat Nomad pada 6
Jun, 1976.
Beliau bersetuju dengan peguam defendan bahawa cara terbaik untuk mendapat
kebenaran adalah dengan mengadakan tribunal untuk menyiasat punca nahas pesawat
itu.
Sipaun memberi keterangan sebagai saksi keempat defendan ketika pemeriksaan
semula dalam pendengaran tuntutan mahkamah terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) DAN
Presidennya Datuk Yong Teck Lee yang dikemukakan oleh bekas Ketua Menteri Tan
Sri Harris Salleh terhadap defendan kerana menuduh bahawa beliau terlibat dalam
menyebabkan traeedi Double Six belaku pada 6 Jun, 1976.
Harris menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan tidak kurang daripada RM50 juta
daripada Yong; yang dinamakan sebagai defendan kedua, kerana memfitnah.
Beliau diwakili oleh peguam Yunof Maringking dan Trevor
Kenneth Maringking sementara Yong dan SAPP diwakili oleh peguam datuk Simon Shim
dan Flora Dius.
Terdahulu, dalam pemeriksaan utama, Sipaun memberitahu mehkamah bahawa pada 2
April, 2010, beliau mempengerusikan sebuah forum dimana Tengku Razaleigh adalah
penceramah untuk topil "Minyak Sabah Siapa Punya ".
Beliau berkata Tengku Razaleigh pada dasarnya memberi latar belakang dan
maklumat mengenai penubuhan Petronas dan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan
sesuatu di dalam ucapan Razaleigh menarik perhatiannya.
"Ucapan pembukaannya di mana beliau memberitahu audiens bahawa setiap kali
beliau ke Sabah, beliau akan diingatkan mengenai tragedi 6 Jun 1976.
"Bagairninapun,npa yang lebih mengejutkan saya adalah apabila beliau berkata
beliau sudah berada di dalam pesawat itu bersama arwah Tun Fuad untuk terbang ke
Kota Kinabalu dari Labuan apabila Datuk Harris memasuki pesawat itu dan
menjemputnya untuk menyertainya ke Banggi, Kudat, dan baginya, jemputan itu
menyelamatkan nyawanya
"Secara peribadi, saya mendapati pendedahan oleh
Tengku adalah amat signifikan kerana ini adalah kali pertama saya mendengarnya,”
katanya sambil menambah itu adalah maklumat yang amat penting dan sehingga
sekarang beliau tidak tahu punca sebenar kejadian itu.
Beliau turut bersetujg dengarl gesaan defendan pertama mengenai siasatan semula
terhadap nahas itu.
Sipaun, yang menjadi setiausaha tetap kepada Kementerian Komunikasi dan kerja
ketika nahas udara itu berlaku, beliau berkata tidak pernah melihat sebarang
laporan rasmi atau laporan koroner atau sebarang maklumat rasmi mengenai
kejadian itu atau punca kejadian itu.
Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam plaintif, Sipaun berkata
beliau tidak ingat sama ada terdapat siasatan atau tidak mengenai nahas itu.
Kepada satu soalan, Sipaun berkata isi penting perkembangan terbaru dalam cerita
itu adalah Tengku Razaleigh sudah berada di dalam pesawat itu, bersedia untuk
berlepas tetapi dijemput pada saat akhir untuk pergi ke tempat lain.
Peguam: Adakah anda bersetuju bahawa anda menyokong gesaan untuk siasatan semula
rnengenai kejadian itu disebabkan oleh pendedahan Tengku Razaleigh di mana
jemputan saat akhir plaintif kepadanya untuk meninggalkan pesawat itu
menyelamatkan nyawanya?
Sipaun: Saya menyokong kes itu disiasat semula atas dasar maklumat baru yang
sebelum ini tidak tersedia kini, sudah tersedia.
Counsel: Bolehkan anda nyatakan secara khusus, apakah yang anda maksudkan dengan
maklumat baru, yang sebelum ini tidak tersedia tetapi kini sudah tersedia?
Sipaun: Fakta bahawa Tengku Razaleigh sudah duduk di dalam pesawat itu
bersama-sama dengan arwah Tun Fuad Stephen dan lain-lain serta diminta untuk
meninggalkan pesawat itu pada saat akhir. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah
saya dengar sebelum ini.
Perbicaraan bersambung pada 5, 6, 21 dan 22 Disember.
Oleh Jo Ann Mool, Harian Ekspres
|