SAPP terbuka untuk sesiapa juga yang menghayati inspirasi perjuangan orang Sabah dan negeri
Sabah
SIPITANG
Nov 27, 2011: Perjumpaan makan malam sempena Masyuarat Agung Tahunan Parti Maju
Sabah-SAPP Kawasan N28 Sindumin semalam dihadiri oleh lebih kurang 60 orang
sebagai mewakili cawangan-cawangan SAPP Sipitang.
Bilangan yang hadir sengaja hadkan disebabkan tempat bilik kecil di SFI Motel.
SAPP selalu mendapat rintangan untuk menyewa bilik, sebab parti kerajaan
sentiasa memerhati dan mengintai dengan mengunakan startagi ‘majlis bidan terjun’
iaitu, mengadakan majlis-majlis pada hari yang sama atau mengugut tuan empunya
premises agar orang ramai tidak datang ke majlis yang diadakan oleh parti
pembangkang terutma sekali parti SAPP.
Kehadiran mereka juga menunjukan penghijrahan persepsi masyarakat Sipitang
terhadap SAPP.
Bermula dari sejak perhimpuan Hari Raya Idil Fitri yang lalu dan akibiti
perjumpaan dalam perjalanan (Walk About) membawa impak yang merangsangkan
mengikut pengerusi kawasan perhubungan SAPP Sindumin Tuan Haji Amdee Sidik.
Ramai yang dianggap cuma sebagai pemerhati dulunya, sekarang menyertai
parti,semalam contohnya ramai yang mengisi borang-borang SAPP dan mengajukan
beberapa soalan–soalan penting.
Pemimpin-pemimpin SAPP Sipitang mengambil perhatian yang serious kepada soalan
soalan yang dikemukan oleh ahli ahli baru. Antaranya isu distribusi pemimpin
bumiputra dan bukan bumpiputra.
Hj Amdee berkata ketika menjawab soalan, pemimpin bumiputra mengatasi bilangan
bukan bumiputra dalam SAPP malah bukan isu lagi.
"Penduduk luar bandar masih banyak yang kurang terdedah kepada informasi
informasi penting mengenai keadaan semasa dalam negeri dan negara.
Aliran infomarsi sentiasa tersekat kerana system demokrasi di Malaysia ini
terhad mengikut selera pemimpin-pemimpin yang berkuasa bukan seperti demokrasi
terbuka, lihat penyebaran melalui media kerajaan seperti RTM dan termasuk Astro
yang berkait rapat dengan institusi kerajaan.
Berita berita yang disampaikan oleh media kerajaan sperti yang tersebt diatas
tidak ubah seprti mengunakan jalan sehala (oneway traffic).
Orang ramai yang ingin mengetahui informasi sebaliknya ingin membuat
perbandingan untuk tujuan penilaian tidak diberi liputan langsung.
Anak-anak muda -generasi yang sudah terdedah dengan kedaan dunia yang rata (flat
world) merasakan sikap berasia dan menyembunyikan peraka perkara yang betul oleh
pemimpin sekarang menjadikan seolah olah pemimpin BN hidup dalam keresahan dan
khwatiran setiap masa.
Parti SAPP menurut Hj Amdee, yang juga sebagai pengerusi Zone Selatan Negeri dan
Timbalan Presiden berkata, SAPP sebuah parti tempatan tanpa membeda-bedakan kaum
dan ugama, rujuk perlembagaan parti tersebut yang menyebut –tidak kira bangsa
dan ugama (non racial politic party).
"Kita rasa sedih bila ada seglentir orang Islam melebalkan SAPP parti kafir,
saya yakin orang ini terbentut akal kerana indroktrinasi pemipim UMNO.
Untuk pengetahuan, kita terima statistik menunjukkan kenapa ramai bilangan orang
Melayu sekarang ini menginggalkan Malayasia, contohnya berhijrah menjadi warga
negera luar termasuk Australia, cuba jawab kenapa? Apa yang mereka cari?\
"SAPP parti politik untuk orang orang Sabah, terbuka untuk sesiapa juga yang
menghayati inspirasi perjuangan orang Sabah dan negeri Sabah. Kerana sejak
beberapa panggal BN memerintah yang diketuai oleh UMNO di Sabah telah cuba
mencair kan semangat memajukan dan mempertahankan hak rakyat negeri ini,
sebaliknya ingin mejadikan Sabah negeri yang begantung kepada Kuala Lumpur.
Exploitasi berterusan berdasarkan konsep pecah dan perintah, membahagi-bahagikan
rakyat mengikut suku, bangsa dan ugama.
Parti yang paling berbau perkauman tidak lain dan tidak bukan ialah UMNO.
Sekarang orang Kadazan jadi Melayu, saya berpendapat ini terjadi bukan sebab isu
patriotisma atau atas dasar kepentingan rakyat maupun negeri.
Orang-orang Sabah menyertai UMNO kerana atas kepentingan peribadi mendapatkan
projek wang. Pendikata wang dan harta paling penting, bila sudah dapat mereka
akan diam pura-pura jadi baik adapula yang memparalatkan ugama dan mengaku
memperjuangkan ugama Islam untuk menyaburi mata rakyat biasa tetapi pokok
pangkalnya kerana projek.
Tibalah masanya kita semua menyedari, kalau generasi baru tidak mendapat
kefahaman isu ini generasi kita dan negeri akan jadi papa kedana. Hingga
sekarang ini pun orang Sabah dilabelkan orang yang tidak boleh hidup berdikari
melainkan bergantung kepada projek UMNO sedangkan tanah dan sumber asli yang
begitu banyak dibanding dengan negeri seperti Kelantan ataupun Pulau Penang.
Kenapa orang Sabah tidak mampu mentadbir negeri sendiri?
SAPP N28 Sindumin yang baru terdiri dari muka-muka baru dan lama, sebagai
mewakili semua kaum yang ada di Sipitang.
Pengerusi CLC N28, Hj Amdee Sidik, yang juga selaku pengerusi SAPP Zone Selatan
dan Timbalan Presiden, Timbalan Pengerusi CLC N28 Kamis Daming, Naib-naib
Pengerusi Arthur Lee, Kamis Lasung, Wintson Ng, Sarah Udan, Sarudin Maidin, Lisa
Lakai, Ketua Pemuda Nazib Hj Maidan, Ketua Wanita Kamariah Datuk Hj Mohd Yassin,
Setiausaha Sarina Karim, Setiausaha Penerangan Arimi Sidek, Setiausaha Penganjur
Rosli Naim dan beberapa orang ahli-ahli.
Turut hadir dimajlis Timbalan Ketua Pemuda yang juga selaku Pengerusi CLC N27
Lumadan Jamaian Sarudin.
|