Bergotong-royong membesarkan Gereja SIB Soronsob
Bergotong-royong Membesarkan Bangunan Mini Gereja SIB Soronsob, Taginambur
Suatu lagi kerja amal iaitu bergotong-royong menambah luas Bangunan Mini Gereja
SIB, Soronsob Taginambur, telah dilaksanakan oleh Pemimpin-pemimpin SAPP kawasan
Kadamaian dan penduduk-penduduk di Kampung Soronsob pada 30/11/2011
Ketua Gereja tersebut, Encik Taisin Darisih mengucapkan terima kasih kepada
Pemimpin-pemimpin SAPP kerana telah lama mereka menunggu sumbangan daripada
pihak yang prihatin, supaya mereka boleh menunaikan sembayang dengan lebih
selesa.
Sebelum ini, beliau kata kanak-kanak penduduk Kampung Soronsob terpaksa bermain
diluar bangunan kerana tidak ada tempat yang cukup untuk mereka apabila masa
ibubapa mereka di dalam bangunan gereja yang sedia ada, mereka rasa bersyukur
kerana tahun ini mereka dapat menyambut Hari Natal pada malam akan berlaku
kepada anak-anak yang terpaksa bermain diluar bangunan.
Turut serta pada gotong-royong ialah Puan Agnes Liewpin, Pengerusi CLC N7
Kadamaian, Ahli Majlis Tertinggi SAPP Encik Peter Marajin, Steven Gaimin dan
Ahli Politik Encik Kanol Gindol.
|