Dr Yee tidak sepatutnya salahkan orang lain
KOTA
KINABALU, Dis 6, 2011: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, Timbalan Ketua Menteri
Datuk Yee Moh Chai gagal dalam menjalankan tugasnya walaupun telah memegang
jawatan Menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan Teknologi Maklumat
Sabah selama lapan tahun.
Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata, menteri itu terus menerus
menyalahkan orang lain atas kegagalannya seperti dalam isu perkhidmatan jalur
lebar di Sabah apabila beliau menyalahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan Datuk Rais Yatim.
"Sekarang ini beliau baru terjaga dari tidur mengenai isu cakera satelit
parabola. Beliau lalai dalam menjalankan tugasnya.
"Beliau tidak sepatutnya membuat komen menyalahkan orang lain, tetapi sebaliknya
beliau (Dr Yee) harus meminta maaf kepada semua pengguna cakera satelit
parabola," katanya dalam satu kenyataan disini, pada isnin.
Dr Yee mengulas tentang operasi Jabatan Kastam diseluruh negeri baru-baru ini
yang menyaksikan 193 buah cakera satelit parabola dirampas.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, adalah tidak munasabah untuk menghalang orang
ramai daripada menggunakan cakera satelit parabola dalam era ICT ini.
"Sebenarnya, Dr Yee lah yang tidak munasabah. Beliau telah menjadi Menteri
bertanggungjawab terhadap ICT di Sabah dan baru sekarang beliau nampak semua itu?"
tanya Chong.
Menurut beliau, Jabatan Kastam adalah di bawah Kementerian Kewangan dan
Menterinya adalah juga Perdana Menteri.
"Jadi Dr Yee harus membuatkan Perdana Menteri bertanggungjawabatas tindakan
terhadap cakera satelit parabola ini. Atau adakah beliau membuatnya seperti isu
SAS, menutup kesalahan bos-bos Umnonya?," kata Chong.
Sebenarnya, perkara ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) di Sabah bergantung
kepada Kuala Lumpur tanpa autonominya sendiri dan tidak boleh berbuat apa-apa
tanpa pengesahan Persekutuan, katanya.
Harian Ekspres
|