Rakyat harus memilih SAPP
Senario
politik di Malaysia hari sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS memerintah
kerana kerajaan persekutuan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah
walaupun tanpa Sabah dan Sarawak. Datuk Yong Teck Lee Presiden Parti SAPP telah
menjelaskan kepada rakyat di Kampung Lingkubang bahawa mereka harus memilih
Parti Maju Sabah (SAPP) pada Pilihanraya ke-13 untuk menyelamatkan Sabah
daripada terus dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang dilihat
sudah menjajah Sabah dan melanggar Perjanjian Malaysia.
Pada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin dan Rakyat sempena pelancaran manifesto
pembaharuan element untuk Sabah di Lingkubang yang diadakan pada 04.12.2011 itu,
Datuk Yong Teck Lee memberikan penjelasan serta amaran kepada rakyat di Sabah,
bahawa Pilihanraya ke-13 adalah sangat penting dan terakhir untuk Sabah mengubah
kerajaan , Parti SAPP adalah satu parti tempatan yang benar-benar berjuang untuk
rakyat. Beliau juga telah memberikan jaminan kepada rakyat Sabah akan
menyelesaikan isu PTI. Ada beberapa cara untuk menyelesaikan masalah PTI dengan
tertubuhnya kerajaan baru kelak.
Datuk Yong juga telah menjelaskan bahawa part-parti daripada Semenanjung yang
datang ke Sabah bukan untuk memberikan pembangunan sebenarnya tetapi mereka
hanya untuk mendapatkan undi rakyat serta mengikis kekayaan Sabah sahaja. Oleh
itu, rakyat perlu menolak parti daripada Semenanjung dan memilih Parti SAPP
supaya hak-hak rakyat Sabah dapat pembelaan dengan baik, Rakyat tidak perlu ragu
untuk memilih Parti SAPP sebagai kerajaan memerintah Sabah kerana SAPP boleh
memberikan jaminan pembangunan kepada rakyat Sabah termasuk ekonomi rakyat
berbanding dengan pemerintahan PBS dahulu yang tidak bijak menghadapi tekanan
kerajaan pusat serta kurangnya pengalaman mereka mencari sumber ekonomi yang
boleh didapati di Sabah.
PBS dan SAPP tidak serupa kerana SAPP mempunyai pemimpin pakar ekonomi yang
boleh menemukan sumber kewangan yang boleh didapati di Sabah sendiri seperti
cukai kerajaan daripada persekutuan yang boleh dianggarkan RM15 billion setahun,
belum masuk sumber lain yang ada di Sabah yang sudah pun dikenalpasti bahan
mentah tersebut. Dengan adanya jumlah yang besar ini, rakyat Sabah boleh hidup
tanpa bantuan kewangan daripada persekutuan.
Barisan Nasional dan UMNO telah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai Simpanan
Tetap kepada kemenangan mereka untuk terus memerintah negara dan ini telah
memberikan peluang bagi SAPP untuk menunjukkan keikhlasan berjuang untuk rakyat
dengan mengambil tindakan yang berani untuk keluar dari Barisan Nasional 2008
supaya Sabah dapat diperintah oleh parti tempatan, supaya semua masalah yang
ditimbulkan oleh kerajaan sekarang dapat diselesaikan.
Terdahulu sebelum ucapan Datuk Yong, Encik Peter Marajin seorang peguam dan
merangkap Timbalan Ketua Bahagian N7 Kadamaian berkata bahawa kerajaan dahulu
yang dipimpin oleh PBS, tidak sama dengan kerajaan yang bakal dipimpin oleh
SAPP. Oleh itu, rakyat perlu menolak PBS dan parti komponen yang lain dalam
Barisan Nasional kerana mereka hanyalah kuda tunggangan Barisan Nasional dan
UMNO sahaja. Encik Peter Marajin juga menerangkan bahawa jika PBS benar-benar
berjuang untuk rakyat, mereka tidak akan mengkhianati rakyat sendiri dengan
kembali semula dalam Barisan Nasional, tetapi pemimpin-pemimpin dalam PBS dan
komponen yang lain hanyalah pentingkan diri sendiri diketepikan.
Turut memberikan ucapan pada waktu itu ialah Timbalan Presiden SAPP Datuk Eric
Majimbun, yang menerangkan bahawa kerajaan Barisan Nasioanl mengamalkan rasuah
dan ugutan kepada pemimpin yang menentang mereka. Perkara ini pernah berlaku
ketika SAPP keluar daripada Barisan Nasional 2008, dimana beliau dan Datuk Yong
telah ditawarkan jawatan tinggi supaya tidak meninggalkan Barisan Nasional.
Datuk Eric menjelaskan bahawa beliau juga telah diugut supaya "Jangan mencabar
Orang Melayu ", ini jelas bahawa pemimpin persekutuan memerintah nagara ini
secara kukuh, besi dan zalim. Oleh itu, rakyat Sabah harus menolak Barisan
Nasional dan UMNO serta Parti-Parti daripada Semenanjung dan memberikan sokongan
kepada SAPP untuk menyelamatkan autonomi dan kekayaan Sabah. Oleh itu, rakyat
jangan terpengaruh dengan dakwah pembangkang yang mengatakan bahawa SAPP akan
masuk BN semula.
Ucapan Datuk Mohd. Nor Mansur mantan Menteri Kewangan Sabah era pemerintahan
Parti Berjaya yang bertindak sebagai Penasihat Parti SAPP. Datuk Mohd. Nor
Mansur memberikan amaran yang tegas kepada rakyat Sabah dan penduduk di Kampung
Lingkubang supaya berdiri berani untuk mempertahankan hak-hak mereka sebagai
rakyat tempatan Sabah. Beliau juga telah menyentuh sedikit tentang rancangan
kerajaan Barisan Nasional untuk membina empangan di Kampung Tambatuon yang
dilihat boleh mengancam keselamatan orang serta melanggar tanah adat orang
kampung yang sudah lama tinggal di Kampung Tambatuon.
Datuk Mohd. Nor Mansur juga menerangkan kepada penduduk di Kampung Lingkubang
supaya memelihara tanah adat mereka dengan baik. Beliau memeberikan jaminan
bahawa apabila SAPP memerintah nanti, semua tanah milik orang kampung yang
diambil oleh syarikat-syarikat besar daripada Semenanjung akan diambil semula
dan dikembalikan kepada penduduk kampung yang berhak. Beliau juga menekankan
kepada rakyat Sabah supaya jangan termakan dengan pemberian serta pembangunan
yang sedang diberikan oleh Barisan Nasional, kerana itu hanyalah pancing undi
dan rasuah yang jelas.
Beliau mengatakan bahawa, jika benar-benar Barisan Nasional membantu rakyat
Sabah, kenapa menjelang Pilihanraya baru mereka keluarkan semua bantuan dan
pembangunan di Sabah dan Sarawak. Di akhir ucapan beliau, Datuk Mohd. Nor
meminta kepada rakyat Sabah dan penduduk di Kampung Lingkubang supaya terus
memberikan sokongan kepada SAPP dan menolak parti yang datang daripada
Semenanjung yang hanya memperbodohkan rakyat Sabah sahaja.
Turut memberikan ucapan pada waktu itu ialah Puan Agnes Liewpin , Ketua Bahagian
N7 Kadamaian, yang memberikan ucapan pertama pada majlis pelancaran manifesto
pembaharuan element tanah untuk Sabah di Lingkubang dengan ucapan beliau
memberikan kata-kata semangat dan harapan kepada penduduk di sekitar Lingkubang
yang hadir pada masa itu supaya tidak rasa takut untuk berjuang bersama SAPP.
Beliau menyampaikan message perjuangan SAPP seperti apa yang dilancarkan petang
ini berkenaan Dasar Reformasi Tanah, adalah menunjukan keiklasan SAPP yang betul
betul berjuang untuk rakyat Negeri Sabah, kerana Tanah merupakan kehidupan orang
orang kampung, tanpa tanah orang orang Kampung akan kehilangan budaya, dan Pesta
Menuai tidak akan dapat diraikan jika tidak ada padi yang dituai. Jika SAPP
tidak serius dengan perjuangan orang Sabah, tidak mungkin manifesto yang pertama
yang diperjuangkan oleh SAPP ialah Tanah, itu bukan kepentingan untuk Yong, kata
Puan Agnes.
Turur hadir pada waktu itu ialah Encik Malik Mohed Ketua Bahagian N6 Tempasuk,
Jimmy Thai Ketua Bahagian N.8 Usukan, Encik Japiril Suhiaimin Ketua Bahagian N12
Kundasang, Encik Jack Giau Ketua Penerangan Zon Utara Tengah SAPP, dan Encik
Maslan Maginda Setiausaha Bahagian N7 Kadamaian.
Maslan Bin Maginda
Setiausaha Bahagian N7 Kadamaian
|