SAPP Parti untuk
Berbilang Kaum dan Berbilang Agama
KOTA
KINABALU, Jan 5, 2012: Budaya politik perkauman sudah tidak releven di Sabah
masakini dan masa akan datang.
Parti SAPP sebuah parti poilitik yang mengamalkan perpaduan berbilang kaum tanpa
mengira Bangsa dan Agama (Gambar....Pemimpin SAPP semasa Sidang Akhbar di Ibu
Pejabat).
Sudah tiba masa masyarakat di Sabah mengubah minda (mindset) dari parti
perkauman kepada parti untuk semua.
SAPP Constitution, Article 4 (2) To establish a fair, free and just society for
all peoples irrespective of race, religion, creed or sex.
Sejak zaman berzaman Sabah kaya dengan sukukaum, budaya dan kepercayaan hidup
aman tenteram dan harmoni.
Setelah mencapai kemerdekaan dan pembentukan Negara Malaysia 1963, Sabah mula
bergiat dalam arena politik dengan pembentukan parti-parti politik. Pada mulanya
penubuhan parti-parti di Sabah ala politik Semenanjung berasaskan sukukaum,
sehingga terbentuknya parti perikatan di Sabah.
Walaupun pergolakan politik berlaku di Sabah sehingga pertukaran kerajaan
daripada kerajaan USNO kepada kerajaan BERJAYA hinggalah Parti PBS. Akhirnya PBS
menyertai Komponan BN yang ditunjangi oleh Umno, namun tidak ada rusuhan kaum
yang serius di Sabah.
Lanskap politik Sabah berubah setelah Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991.
Budaya politik perkauman yang diamalkan sejak Umno diwujudkan pada tahun 1946
menjadi terbawa-bawa. Komponan parti-parti politik BN di Sabah kesemuanya
diasaskan perkauman, iaitu Umno mewakili Bumiputra Islam, Upko, PBRS dan PBS
mewakili majoritinya KDM dan LDP, MCA dan Gerakan mewakili kaum Cina ( satu
ketika dahulu SAPP semasa dalam BN juga dirancangkan mewakili Cina), dan MIC
mewakili kaum India.
Budaya politik sedemikian adalah tidak sihat dalam masyarakat majmuk seperti di
Sabah yang terdiri daripada berbilang etnik dan agama. Tambahan pula dengan visi
negara menuju kearah sebuah negara maju menjalang tahun 2020 dengan matlamat
menjadikan Malaysia sebagai bangsa Malaysia yang maju dan bersatupadu. Bangsa
Malaysia hanya akan wujud jika dasar kerajaan mengamalkan kesimbangan dan
keadilan kepada semua kaum berasaskan meritrokasi. Pendekatan parti-parti yang
mengutamakan perkauman sudah tidak relevan lagi untuk masakini dan masa akan
datang.
Politik perkauman mengundang banyak pertelingkahan kaum dan agama seperti di
negera-negara lain. Walaupun keadaan terkawal namun perasaan tidak puas hati dan
terdapat diskriminasi disebabkan dalam perjuangan parti masing-masing ingin
mempertahankan kedudukan dan peluang kaum sendiri. Keadaan sedemikian telah
banyak membuangkan masa, tenaga dan peruntukan kewangan untuk menyatupadukan
kaum-kaum dalam Malaysia. Contoh; Umno dengan ketuanan Melayunya, MCA dengan
perjuangan masyarakat Cinanya, dan MIC dengan perjuangan masyarakat Indianya.
Maka polisi-polisi kerajaan seringkali menjadi sasaran untuk mencari keadilan
dan kesaksamaan, sedangkan ia sememangnya tidak akan tercapai.
Menyedari hakikat ini apabila SAPP ditubuhkan pada 21hb Januari 1994, SAPP
menggariskan Tujuan dan Matlamat Parti dalam perlembagaannya bahawa SAPP adalah
sebuah parti "non-Racial". Merujuk kepada Perlembagaan Parti Fasal 4.
Perkara 2 – "Menubuhkan masyarakat yang adil, bebas dan saksama tidak mengira
bangsa, agama, kepercayaan atau jantina."
Ketika SAPP dalam BN pada tahun 1994 hingga 2008, SAPP terikat dengan "amalan
pecah dan perintah" oleh Umno. Pucuk pimpinan Kuala Lumpur merancang dan
menetapkan SAPP sebagai mewaikili kawasan-kawasan pilihanraya masyarakat Cina
maka presepsi masyarakat sehingga hari ini masih terbawa-bawa bahawa SAPP adalah
parti Cina.
Keluar sahaja SAPP daripada BN pada 17hb Sept 2008, SAPP buat penjenamaan semula
membuka ruang seluas-luasanya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
Bertambahnya ahli-ahli baru daripada berbilang kaum, berbilang agama dan
kepercayaan dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Maka SAPP parti yang matang dan
mampu mentadbir negeri Sabah dengan adil dan saksama tanpa ragu-ragu.
Dalam pergolakan dan perkembangan politik masakini ada usaha-usaha pihak-pihak
tertentu ingin mencorakkan politik perkauman sebagai gabungan perwakilan kaum
daripada parti-parti politik di Sabah. Seolah-olah SAPP terikat dengan
perjuangan satu kaum sahaja iaitu mewakili parti kaum masyarakat Cina. Pendapat
dan persepsi itu SALAH, usaha sedemikian akan ditentang oleh pemimpin SAPP
terutama pemimpin berketurunan BUMIPUTRA Islam dan bukan Islam.
Harapan SAPP dalam PRU13 ini bahawa semua parti-parti pembangkang di Sabah dapat
bersatu hati. Sabah sudah matang dan Sabah sudah boleh berdiri diatas kaki
sendiri. Semangat perkongsian pembentukan Malaysia dan autonomi Sabah harus
dihormati dan diperjuangkan oleh rakyat Sabah sendiri. Tiada orang luar yang
boleh mempertahankan hak-hak asasi dan kedaulatan Sabah kecuali rakyat Sabah
sendiri. Bersatu hati, bersatu tenaga dan bersama-sama dalam perjuangan SAPP
demi masa depan anak cucu cicit rakyat Sabah dalam Malaysia.
Oleh Haji Amdee Sidik, Timbalan Presiden SAPP
|