SAPP sedia bincang dengan parti pembangkang lain berdepan BN
KOTA KINABALU, Jan 16, 2012: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Ahad menyatakan semula
kesediaannya untuk berbincang dengan mana-mana parti pembangkang untuk berdepan
dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Ketua Penerangannya, Chong Pit Fah berkata Majlis Tertinggi SAPP bermesyuarat di
ibu pejabat SAPP di Luyang kelmarin.
Beliau berkata parti tersebut menjangka parti lain akan mengiktiraf dan menerima
sepenuhnya SAPP sebagai parti bukan berdasarkan kaum dengan misinya "untuk
membentuk kerajaan yang boleh dipercayai dan masyarakat yang progresif, adil dan
harmoni."
Parti itu, katanya, menolak cara politik lama, iaitu pecah dan perintah yang
dilak- sanakan oleh penjajah British, dan kini, BN-Umno, yang digambarkannya "
sebagai bertanggungjawab untuk memecah belahkan rakyat dengan menggunakan isu
perkauman dan keagamaan.
Parti itu, katanya, mempunyai hubung€ dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak
2008 apabila SAPP meninggalkan Barisan Nasional.
"Ini adalah peranan, pengorbanan dan perjuangan SAPP dalam membawa perubahan
kepada Sabah," katanya.
Dalam hal ini, beliau berkata SAPP akan meneruskan perbincangan dengan PKR, yang
mencapai peringkat lebih tinggi, dalam mendapatkan formula boleh menang untuk
gabungan pembangkang di Sabah.
Chong turut menegaskan semula perjuangan SAPP untuk kuasa autonomi bagi Sabah
dan menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963.
Dalam hal ini, beliau mengiktiraf kesetiaan SAPP kepada Agenda Borneo yang
diperjuangkan oleh United Borneo Front (UBF) yang mana serupa dengan deklarasi
lapan perkara SAPP.
Chong berkata SAPP juga terbuka untuk berbincang dengan Parti Reformasi Negeri
(Star) untuk pencapai keputusan maksimum dalam pilihan raya yang akan datang.
Harian Ekspres
|