Beaufort anjur acara CNY 3 Feb dalam suasana muhibbah
BEAUFORT,
Jan 18, 2012: Gabungan CLC Klias, Lumadan, Kuala Penyu dan Membakut membentuk
Jawatankuasa pengelolanya bagi menganjurkan Jamuan Makan Malam sempena Tahun
Baru Cina 2012. (Foto: Barisan jawatankuasa penganjur di ketuai oleh Thomas
Chong)
Menurut Pengerusi Pengelolanya, Thomas Chong Dat Kueen yang juga Pengerusi CLC
Klias dan Membakut, acara tersebut akan diadakan pada 3 Febuari depan di salah
sebuah Restoran di Beaufort. Jawatankuasa yang bermesyuarat hari ini,
menunjukkan kesepakatan semua kaum di mana melibatkan bukan sahaja kaum tionghua
tetapi juga kaum bumiputera.
Jawatankuasa pengelola itu dengan sendirinya menunjukkan bahawa Parti Maju Sabah
adalah sebuah parti berbilang kaum. Selain mengadakan majlis Tahun Baru Cina,
CLC di 4 kawasan ini juga akan turut mengadakan majlis keramaian lain sempena
sambutan hari besar kaum masing-masing.
Menurut
beliau lagi lebih 40 meja akan disediakan dan dijangka Datuk Yong Teck Lee,
Presiden SAPP serta Timbalan-timbalan Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi lain
akan hadir memeriahkan acara tersebut. Selain tarian singa, acara tarian dan
nyanyian lagu-lagu tahun baru akan mengisi persembahan pada malam tersebut.
Turut hadir di mesyuarat tersebut Jamain Sarudin Pengerusi CLC Lumadan dan Kuala
Penyu, Tn. Hj Usop Judin Naib Pengerusi Lumadan, Jualin Obol Naib Pengerusi
Kuala Penyu, Benjamin Odoi Naib Pengerusi Membakut dan Sanusi Taripin Naib
Pengerusi Klias serta ahli-ahli jawatankuasa dari 4 CLC terlibat.
|