Bincang dengan RBA: Yong
KOTA KINABALU,
Jan 18, 2012: Datuk Yong Teck Lee berkata, Sabah Air Sdn Bhd (Sabah Air) tidak
sesuai untuk memulakan syarikat penerbangan sepenuhnya, walaupun ia hanya untuk
laluan domestik Sabah, tetapi ia adalah platform terbaik bagi negeri ini untuk
berbincing dengan Royal Brunei Airlines untuk menjalin kerjasama dalam penubuhan
Borneo Airlines yang dicadangkan.
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu yakin Sabah Air boleh berbincang bagi pihak,
kerajaan Negeri dan Royal Brunei dan, bentuk kerjasama dengannya untuk memulakan
Borneo Airlines, dan Royal Brunei tentu bersetuju dengannya.
''Jadi jika Penerbangan Malaysia (MAS) terus tidak dapat memenuhi keperluan
Sabah, dan AirAsia sekarang ini bukan lagi penerbangan tambang murah tetapi
hanya menyediakan perkhidmatan murah, kerana kedua-duanya sekarang ini kapsit (bersama-sama
melakukan penipuan) dengan memonopoli perkhidmatan udara di negara ini, kita
perlu mewujudkan penerbangan Borneo, saya rasa yang paling sesuai untuk
melakukannya adalah Royal Brunei Airlines dengan menggunakan Bandar Seri Begawan
sebagai hab untuk Borneo," beliau memberitahu pemberita selepas melancarkan
Pelan Ekonomi parti itu untuk Sabah di Hotel Ming Garden di sini Isnin lepas.
Yong, seorang bekas Ketua Menteri, merujuk kepada isu penerbangan di Sabah
sekarang ini berikutan rancangan rasionalisasi MAS, sambil berkata, sebelum ini
apabila AirAsia mengambil alih laluan domestik MAS di Sabah dengan menggunakan
Fax untuk ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, terlalu banyak masalah ketika itu,
dan beliau sebenarnya pernah mencadangkan supaya kerajaan Negeri menimbang untuk
mewujudkan satu bentuk penerbangan untuk Borneo.
Naib Presiden PKR Tian Chua nampaknya tidah mengungkit semula perkara itu
sekarang dengan mencadangkan Borneo Airlines, seperti yang dilaporkan dalam
media, katanya, sambil menambah; Royal Brunei mempunyai pelan itu sebelum ini di
mana mereka mahu penumpang yang pergi ke Sabah dan Sarawak singgah di Brunei,
seperti yang berlaku sekarang.
"Jadi kita boleh jadikan Brunei sebagai hab untuk Borneo, di mana daripada
terbang ke Kuala Lumpur dan kemudian ke Kota Kinabalu, kita boleh terbang ke
Brunei dan kemudian ke Kota Kinabalu dan sebaliknya... ini juga sebahagian
daripada Kawasan pertumbuhan Asean Timur - Brunei, Indonesil, Malaysia dan
Filipina (BIMP-EAGA).
Larry Ralon
|