Sabah boleh jana
hasil RM5b di bawah SAPP menjelang 2015
KOTA
KINABALU, Jan 18, 2012: Sabah mampu memperoleh hasil bernilai RM5 bilion
menjelang 2015 di bawah Pelan Ekonomi Parti Maju Sabah (SAPP), kata penasihatnya
Datuk Haji Mohammad Noor Mansur.
Bekas Menteri Kewangan negeri itu berkata, ini boleh dicapai melalui penjanaan
pendapatan daripada sumber hasil yang baharu termasuk pemantauan ketat royalti
terhadap minyak dan gas, meningkatkan pengeluaran minyak, cukai tanah terhadap
pemasangan paip Petronas, pelelongan awam tanah komersil bandar, membolehkan
pengubahan tanah kelapa sawit menjadi tanah perindustrian serta menyemak semula
royalti balak konsisten dengan harga pasar.
Memberi penjelasan, beliau berkata, pada 1980-an Sabah memperoleh hasil RM1
bilion dengan hasil negeri terus meningkat dengan kepelbagaian sumber hasil
kepada RM2bil pada 1990-an dan RM3bil pada 2000-an dan RM4 bilion tahun lalu.
Katanya, tambahan RM1bil setahun harus dimasukkan ke dalam Tabung Warisan Sabah
(sebuah tabung simpanan negeri yang ditubuhkan pada 1997) di mana RM100 juta
akan didepositkan dalam tabung itu; Majlis Minyak Sawit Sabah (RM100 juta);
pelaburan dalam pengeluaran makanan dan keselamatan ;serta mampu diri dalam
beras (RM200 juta) latihan sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti
majikan dan pekerja tempatan untuk mencapai gaji saraan - gaji minimum - dalam
usahasama dengan kesatuan pekerja (RM100 juta); dan tabung disatukan (RM500 juta).
"Pelan ekonomi kita untuk Sabah mensasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
pada lima hingga 8 peratus, berbanding kadar inflasi dua peratus, berbanding
KDNK sekarang 3.5 peratus dengan inflasi dua peratus. Pertumbuhan ekonomi yang
lebih pesat diperlukan untuk memperluaskan kek ekonomi serta mengurangkan
kemiskinan," katanya dalarn menjelaskan pelan tersebut di pelancarannya di hotel
Ming Garden di sini, lsnin.
Turut termasuk dalam pelan itu ialah pemansuhan monopoli pasir dan besi skrap,
menghidupkan semula dan memperkukuhkan pusat sehenti pelaburan untuk memastikan
proses cekap dan mudah difahami serta mempercepatkan kelulusan permohonan
pelaburan oleh pelabur tempatan/asing, pelaburan dan penambahbaikan pelabuhan
laut dan pusat perdagangan tukar barang sedia ada di Tawau dan Sandakan serta
pusat perdagangan tukar barang yang dicadangkan di Kudat, Semporna dan Lahad
Datu, penanaman tebu yang dicadangkan di Kuala Penyu dan pengeluaran garam di
Matunggong, menghidupkan semula Lembaga Padi Sabah dengan pelaburan besar dalam
pengairan dan infrastruktur lain serta penanaman padi untuk menjadikan Sabah
mampu diri dalam pengeluaran beras, serta mengambil semula SESB yang sekarang
ini dimiliki sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri Sabah."
"Hanya dengan dasar tenaga yang berdaya maju dan pemansuhan dasar kabotaj,
pengindustrialisasi boleh maju di Sabah," kata Mohammad Noor.
Pelan ekonomi itu dilancarkan presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, yang berkata,
pelan itu dirangka berikutan respons orang ramai yang bertanya apa yang boleh
dilakukan parti itu untuk Sabah sekiranya ia mengambil alih kerajaan Negeri.
Larry Ralon
|